BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 15 Mei 2011

SAJAK WAT GURU

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
...Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG



dituju khas wat Pn Zainiah, Pn Salwa Muhamad, Nor Azila Kamarulzaman ,Alissa Chua, Ayu Muhd ,Azhar Mohd Noor, Basharah Husin, Che Embut Abdullah, Cikgu Non Changlun, Cikgu Yatt Z, Fahrizal Mohd Abdoh ,Hanim Abdul Hamid ,Hasida Binti Mohammed,Khairun Wahidah Mohd Khir, Mohd Ayub Daud Khan, Mohd Israr Hassan ,Mohd Mansor Abdul Wahab ,Muhamad Hishamudin Hashim, Najmin Binti Ghazali, Nik Sharina Nik Mahzum ,Norihah Md Zin Noriza Hamzah,Nur Aisyah Topstar Abdullah, Ridzuan Hashiim, Rohanah Bt Sulaiman Rosmariani Bt Morad,Roziah Ahmad ,Ruby Awang,Salmah Binti Zain, Sharipah Smkc, Sharon Taty Mokhtar, Siti Fatimah Siti Khalijah, Syahrizat Salleh, ‎Zamzalina Mohd Jamal
dan wat smua guru2 di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara (SKDWK),Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC),Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMT SPPP)

PESANAN RINGKAS

♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
...♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥
ƸӜƷ¸¸.•¨¯` ~PESANAN~ ¸¸.•¨¯`• ƸӜƷ
♥✿✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿✿ ♥
♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥

•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥
Firman Allah: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (An-Nur:31)

''Wahai anak cucu adam! Sesungguhnya kami telah mnyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi,pakaian takwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat. (QS Al-A'raf:26)
•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥

Khamis, 5 Mei 2011

myMetro | Bagaimana menukar masa menjadi emas?

myMetro | Bagaimana menukar masa menjadi emas?

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SOLAT adalah institusi yang agung dalam memberi pendidikan kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Antaranya solat melatih serta mendidik seseorang itu supaya menjadi tidak malas dan tidak membuang masa.

Apakah fungsi solat kepada kehidupan manusia? Allah berfirman yang bermaksud: Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nuur ayat 41).

Bermakna solat bukan hanya dilakukan oleh manusia semata-mata, malah semua apa yang ada di langit dan di bumi tahu cara solat masing-masing.

Menjelang siang, muazzin mengingatkan kita masa tidur sudah berlalu. Siang bukannya waktu untuk tidur lagi sebaliknya waktu untuk membina dunia.


Laungan marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.' Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi. Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, `marilah solat' Zuhur.


Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa. Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan `marilah solat', malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara `marilah solat' datang lagi.

Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, 'masa adalah wang dan masa bergerak laju seperti anak panah'. Ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi wang. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.

Apabila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.

Menggunakan masa dengan cepat bermakna jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu perkara. Peluang kadangkala hanya datang sekali.

Kita ada tiga masa saja iaitu masa lalu sebagai pengalaman, kita ada masa sekarang dan kita ada masa depan atau hari akhirat. Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan.

Apabila kita lambat bertindak, kita pasti akan menyesal. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul.

Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung.

Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: "Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmu tempat kamu berharap."

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah.

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan.

Jaminan Allah, berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang yang khusyuk mereka belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat berkenaan.

Justeru, lakukan solat dengan penuh khusyuk yang bermula daripada pelaksanaan yang sempurna, memahami pergerakan dalam solat, memahami ayat dan zikir yang dibaca, bersolat di awal waktu, bersolat secara berjemaah serta pastikan tempat solat dan pakaian bersih daripada sebarang najis.