BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 17 Disember 2011

Buatmu Sahabat...

Coretan ini adalah coretan ke 2 dari ku.... Aku rasa aku banyak buat salah kepada sahabat2 yang mengenali diri ku ini.... aku rasa banyak Janji aku tak tertunai... banyak kata tapi tak terlaksana.... sehingga kan aku diuji oleh Allah.... Setiap hari aku ditimpa masalah.... Setiap hari aku rasa kecewa... mungkin ini musibah yang melanda kepada diriku... betul kata orang lama... kerana mulut badan binasa.... kepada sahabat2 yang terasa aku mohon maaf kerna dosa aku dengan Allah boleh diampuni namun dosa aku sesama manusia perlu memohon maaf kepada empunya diri... bacalah coretan aku ini...

Sahabat...
Cerita aku tidaklah mudah,
Cerita aku tidak pula susah,
Hanya yang indah ku simpan sebagai sejarah,
Yang pahit pula dibaiki menjadi langkah.

Sahabat...
Jika kau mengejar cita-cita,
Pilihlah jalan yang sukar agar kau akan berjaya,
Jika kau mengejar CINTA,
Jangan dilupa pada ke-2 IBU BAPA yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa.

Sahabat...
Di dunia ini penuh dengan panca roba,
Kau ketawa dan gembira bersama-sama,
Kau menangis tiada siapa perdulikannya,
Itulah masyarakat di dunia EGO dengan diri yang kerdil lagi hina.

Sahabat...
Apabila ku temu jalan buntu,
Kau datang membantu,
Bila ku ditimpa perasaan pilu,
Aku harap kau tetap bersamaku.

Sahabat...
Bak kata orang Bercinta Biar Satu Berkawan Biar Beribu,
Namun diantara kawan yang beribu yang kau temu,
Adakah yang Ikhlas kepadamu?
Yang banyak hanyalah mengambil kesempatan terhadapMU.

Sahabat...
Tatkala Ujian datang menduga,
Aku menjadi huru-hara dan lupa akan perananku di dunia,
Kehadiranmu membawa seribu makna,
Membawa aku ke jalan TUHAN yang maha esa.

Sahabat...
Andai suatu hari kau berjaya,
Jangan dilupa pada ke-2 IBU BAPA,
Jangan dilupa pada GURU yang menabur jasa,
Jangan angkuh atas kesenangan di dunia.

Sahabat...
Aku bersyukur mempunyai sahabat sepertimu,
Tak lapuk membantu tak lekang memberi nasihat kepadaku,
Namun aku tidak termampu,
Menunaikan janji dan membalas segala jasa mu terhadapku.

Sahabat...
Andai hari esok aku sudah tiada,
Ku mohon ampun atas segala dosa,
Kun minta halal dari segala benda,
Aku memohon maaf dari Scapula sampai ke Fibula.

Sahabat...
Setelah diriku tiada di dunia,
Ku harap diriku sentiasa diiringi dengan doa,
Dalam setiap tangisan dan doa diriku tidak dilupa,
Hanya doa membawa bekalan ku samada ke neraka atau ke syurga.

Sahabat...
Jika sepanjang berkenalan dengan ku,
Aku terlanjur kata dan tingkah laku,
Terimalah aku sebagai sahabat terbaik buatmu,
Kerna aku adalah insan yang tak dapat lari dari melakukan salah laku... maafkan aku

Sekian sahaja coretan Buatmu Sahabat,
Diharap luka yang berdarah akan terubat,
Maksiat dan dosa disusuli dengan taubat,
Sama-sama kita kembali kepada Allah dan rasulnya dengan selamat.

InsyaALLAH..... "BUATMU SAHABAT"
Dirimu TETAP dalam INGATAN....