BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 20 Mei 2013

Disebalik Kem Saujana Asahan Melaka


Assalamualaikum dan salam sejahtera... saja je menulis blog neh sekadar untuk berkongsi cerita ;-)

apa yang berlaku sebenarnya? sehingga terdetik diruang fikiran untuk menambah post blog terbaru mengenai kem di asahan melaka? apa yang specialnya? ok bagi yang tak pergi kem disebabkan hal2 tertentu sila la baca entri neh supaya dan merasai sendiri samada kem neh best atau tak? beri manfaat ke tak? :-)

Geng Asam Jawa berjaya mendapat tempat ke 2 :-) terbaek
ahli kumpulan asam jawa (wanita)



17 Mei 2013 - aku terlepas peluang untuk bersama ahli2 kor suksis yang lain untuk aktiviti jungle tracking dan solo drop. yang best tuh bila tgok gambar perhentian terakhir bagi jungle tracking ialah air terjun... wau air terjun tuh... best je tgok diorang tapi apa kan daya sapa suruh tak datang pagi hehehe... bas aku bertolak dari utm jam 6.30 petang dan smpai ke melaka(kem asahan) lebih kurang jam 9 malam gitu lah.. sampai je sana makan2 then terus jadi sentri sbb apa? sbb yang lain akan teruskan aktiviti solo drop so kami yg lewat neh ada setengah yang sempat join... bagi aku sbb aku dah biasa dengan aktiviti solo drop neh so tak kesah sangat... jadi sentri sama je mcm solo drop... rasanya lah heheheh... habis cerita setakat hari neh... almakhlum datang lewat takde la kenangan manis tercipta disini...


18 Mei 2013 - apa yang ada pada hari sabtu 18 hb neh? mcm biasa lah aktiviti sangat menarik... repelling & flying fox atau bahasa melayunya musang terbang hehe... tapi kali neh berbeza dari kem2 yang lain... sebab tempatnya sangat tinggi... ramai yang berani ada juga yang takut tinggi... sampai flying fox sekali turun 2 orang hahaha takut gamaknya tapi atleast yang takut tuh berani mencuba kan :-) kira2 jam 12.40 habis aktiviti neh dan makan... bab makan neh tak yah cerita lah... sangat sedap makanan dkt sana... sapa tak g rugi lah weeeee hehe :-) lepas tuh kul 2 diteruskan lagi dengan aktiviti air... kali neh kami diajar untuk membuat rakit. aku belajar dulu wat rakit masa dekat PLKN.. so untuk kali neh aku diamkan diri je wat2 mcm tak tahu sbb kata org pengalaman berbeza di lain2 tempat :-) ni lah rupa rakit tuh cantik tak hehe so sapa yang join neh dulu tak pernah wat rakit at least dapat ilmu baru mcm mana nak wat rakit yer :-) kami juga diajar isyarat2 yang digunakan waktu berakit antaranya isyarat kecemasan, isyarat berkumpul, isyarat maju ke kiri dan kanan, isyarat maju kehadapan, isyat kedarat jika petir berlaku dan sebagainya.

Selepas selesai wat rakit mcm biasa akan dimulakan dengan water confident... so stiap peserta merasai sendiri pengalaman berada didalam air... samada pandai berenang atau tak pndai mesti kena wat water confident neh... sbb apa? sbb sepandai2 mana pun kita dalam beberapa perkara... pasal air jgn main2 kang lemas free je :-) yang best ada yang cakap saya takut air... tapi lpas wat water confident tgok dia yang lebih2 plak hahah tadi cakap tak berani dalam air sekali dapat peluang masuk air smpai tak nak naik ke darat dah hehe..

Lepas wat water confident tiba masa untuk menguji rakit yang dah dibuat tadi.. ini lah hasilnya... melalui kativiti rakit neh bukan stakat dapat pengalaman berakit... malah kami turut memperolehi semangat kerjasama dalam berpasukan.. in..... out.... in ..... out.... in.... out... bila atas rakit tuh je kita dengar... selain tuh dapat kita lihat sendiri kehebatan Alam semulajadi ciptaan Illahi... ketenangan yang diperoehi sepanjang berada di atas rakit dikelilingi bukit bukau yang cantik dan air yang tenang... apa2pun aktiviti rakit neh sanagt menarik dan kepada yang tak berkesempatan untuk join kem neh anda rugi hehehe. selepas habis aktiviti berkayak kami pulang ke tapak khemah untuk membuat persediaan diri..

malam tuh diteruskan lagi dengan majlis penutupan program yang dihadiri oleh Timbalan komanden kor suksis utm, pegawai arjutan kor suksis utm, tuan penyelaras, pengawai latihan 1, jrulatih2 serta peserta2. pada malam tuh juga ada majlis perpisahan sarjan habibah. so untuk majlis malam tuh menu dia sangat special 1- satay, 2- lamb chop, 3- bihun goreng, 4- sup cendawan, 5- nasi goreng, 6-salad, 7-air dan banyak lagi... alhamdulillah kenyang hehe lepas habis majlis tuh mcm biasa berkumpul di tapak khemah dan diteruskan dengan lain2 perkara.
gambar hiasan :-)

19 Mei 2013 -  neh hari terakhir di kem Saujana Asahan Melaka. seawal jam 8 pagi berkumpul dibahagikan kumpulan untuk meneruskan aktiviti high-rope(tali tinggi) dan kembara halangan. tgok la gambar sebelah neh... best tak dpat naik tali tinggi? hehe dkt sini kita dapat naikkan kita punya keyakinan diri... paling best dkt sini jurulatih turut mengambil bahagian untuk mencuba dan merasai sendiri tali tinggi :-) sanagt best... apa2 pun tahniah pada syazwani sbb berjaya selesaikan smua task dkt tali tnggi neh... kepada fadzli izwan jangan lupa kutip semula jantung ko yang tertinggal tuh ehhehe yang lain pun tahniah kerana berjaya laksanakan semua task yang diberikan dkt sini. habis je tali tinggi kami teruskan dengan ativiti kembara halangan. macam biasa kembara halangan neh nak uji kita punya semnagt kerjasama dan tolong menolong. tak guna kita smpai awal untuk mengejar kejayaan kalau rakan2 kita masih di belakang. biar sampai lewat asalkan semangat berpasukan dititik beratkan. ahli kumpulan aku dalam neh sanagt sporting dan sangat best, bergerak dalam 1 pasukan dan saling mmberi sokongan kepada rakan2. walaupun 1 orang tak dpt selesaikan tast kembara halangan neh.. apa2pun aku berbangga dengan mereka sbb tak serik untuk mmberi sokongan moral dan fizikal kepada dia untuk meneruskan task tuh.. terbaek team Asam Jawa :-)

Petang kul 2.30 diteruskan lagi dengan aktiviti Sukan Kreativiti. Untuk aktiviti neh ada 4 kumpulan iaitu Asam Jawa, Asam Kering, Tembikai dan Jagung. untuk sukan kreativiti neh diambil masa untuk siapkan task juga dilihat aspek kerjasama dalam kumpulan. mula2 kami mulakan dengan A frame. game neh tak de lah susah cuma tuh la kalau ketua yang berada ditengah2 tidak berikan arahan yang betul so susah untuk mengawal pergerakkan. apa2 kerjasama dan ukhwah yang tercipta di A frames kekal selamanya. Selain tuh lepas aktiviti A frames ada aktiviti Grenades dan Clear serta buka gari. "bila saya cakap grenades smua kena baring kebawah, dan bila saya cakap section clear smua kena bangun" itu kata seorang jurulatih di sana... dari aktiviti neh kita jangan selalu selesa berada diatas... kadang2 kita yang selalu berada diatas neh akan berasa kurang selesa jika berada dibawah. tapi tak mengapa kerana aktiviti2 mcm neh mampu memperkuatkan emosi kita, menjadikan kita lebih fokus dan berdaya saing serta bekerja dalam 1 pasukan. dan banyak lagi aktiviti.  so kesudahan aktiviti ini membawa kepada kejayaan geng ASAM... selain tuh ada permainan yang mcm gambar disebelah neh iaitu "bukan spiderweb dan tiada kena mengena dengan spider... ia dipanggil pagar elektrik" heheh so dalam aktiviti neh nampak kerjasama dan semangat berpasukan dalam kumpulan. tak kesah dia kecil, dia besar, dia tinggi, dia kurus tetap diangkat dan diusahakn untuk menyelesaikan task nih.. lagi 1 yang best yer setiap peserta dilatih untuk menjadi pemimpin.. so kalau tak dengar arahan ketua... arahan sapa lagi kita nak dengar kan... dalam sukan kreativiti + kembara halangan dimana pemenang no 1 ialah ASAM KERING, no 2 ASAM JAWA, no 3 JAGUNG dan no 4 TEMBIKAI. tahniah diucapkan kepada geng asam kerana berjaya mendominasi permainan hehe
sesi bergambar bersama jurulatih kor suksis utm, jurulatih kem asahan melaka serta pelatih2 kor suksis utm


 So berakhir kem neh... saya mohon maaf kalau sepanjang kem ada salah dan silap. ada teguran yang terasa dihati, terguris dijiwa, atau terpanah dimana2. teguran tuh bukan suka2 tapi sekadar untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang lain supaya yang kurang kita baiki, yang bagus kita tingkatkan. so pengalaman bersama anda semua sangat2 bermakna. Mungkin ini kem terakhir saya bersama dengan sahabat2 di kor suksis UTM. semoga semangat bekerjasama dalam 1 kumpulan, ukhwah yang terhasil disini serta patuh arahan ketua akan terus kekal dalam fikiran anda. Simpanlah kenangan yang kita dapat dalam kem nih untuk dikongsi pada masa hadanpan. sekali lagi anda semua Terbaik... keep it up. :-)

bila main jangan main2, bila bekerja jangan main2.. ingat pesanan jurulatih disana " Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh wat? stakat kotor apa sangat sbb baju boleh dicuci betul tak?" so terima kasih semua mmberikan pengalaman yang indah di sisa2 akhir dalam kor suksis UTM skudai.. terima kasih semua :-)
Terima kasih juga kepada skuad senior yang join terutama Daus, Akmal, Ariff, Ganu, Jagung dan Atikah. maaf eh sapa yang kena buli tuh ehehhe

Rabu, 15 Mei 2013

" Pendidikan Bermutu , Asas Generasi Maju "

Esok 16 MEI 2013 merupakan tarikh keramat bagi mengenang segala jasa dan pengorbanan insan bernama GURU atau lebih mesra dengan panggilan CIKGU...setiap hari terkenang insan2 yang banyak berjasa kepada aku sejak aku tadika smpai la ke sekolah menengah... bila sebut je pasal hari guru neh membawa kepada 1001 kenangan aku bila bersama guru...
*imbau kenangan :-)

  • Tadika Kemas Taman Meranti
    • aku masih teringat (~tarikh tak ingat la weh hehe) dimana masa tuh aku tak fokus almakhlum budak2 mana nak fokus belajar... sekali cikgu tadika aku panggil... " Fitri sembang eh.... dengar kata kamu nih pandai nyanyi lagu raihan... tak kesah lah lagu apa2..." kata cikgu tadika aku... so aku neh dah la pemalu hahaha pemalu gitu... g lah depan dgn kumpulan2 member aku yang bersembang tuh (kena denda katakan)... nyanyi lah lagu Raihan... sekali lupa lirik so berulang2 lah lirik lagu yang sama hahaa malu je...
    • pengajaran yang aku dapat.. senakal2 mana pun kita.... sebanyak mana pun ragam kita... cikgu2 kita akan tetap berusaha untuk membuatkan kita fokus dan jarang sekali tidak mengambil berat walaupun banyak karenah dan kesusahan yang kta timbulkan kepada cikgu kita..
  • Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara
    • masa darjah 2 kalau tak silap aku... ada seorang cikgu neh penyelia petang.. nama dia cikgu Nazir.... sentiasa dengan pembaris (roti panjang kami panggil pembaris masa tuh)..  kami masa tuh asyik kena rotan sebab apa?? sebab binatang inilah hehehe... setiap kali waktu rehat g dekat pagar sekolah tangkap menda neh... nama dia Lady bird(rare neh) kami panggil dia kura-kura emas... sangat cantik hehe bleh wat bisnees neh mesti kaya... Sebab rotan tuh lah mengajar kami supaya jangan membuang masa dan menganayai haiwan :-) terima kasih cikgu...
    • masa darjah 4 aku jadi pengawas sekolah.. cikgu haziana abd hamid lah yang bagi nama untuk pelantikkan tuh... terima kasih cikgu dengan pelantikkan tuh walaupun sya neh pemalu tetapi ia mengajar saya untuk menjadi seorang ketua.... mengajar saya untuk berdisiplin dan aling penting mengajar saya untuk berdiri di atas kaki sendiri (BERDIKARI)...
    • kepada cikgu2 yang banyak berjasa kepada saya... cikgu jamil... cikgu mat rani... cikgu noriza hamzah... teacher azarian binti che din, teacher hashimah. sir malek... ustazah umaimunah... ustazah ubaizah... cikgu yong... cikgu normala.... cikgu baizura..cikgu ruslina.. cikgu asiah..cikgu wahid.. cikgu faisol..  cikgu haspida (cikgu pengawas).. dan lain2 cikgu terima kasih.... jasa kalian saya hargai.... semoga usaha murni mendidik anak bangsa dibalas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat..
  • SMK CHANGLUN
    • dekat sekolah changlun neh tak banyak kenangan sbb time neh bukan malas tapi komitmen terhadap belajar dan ke sekolah tuh agak kurang hehe keja ponteng sekolah je... sbb apa.. sbb berkubang dalam sawah ikut tractor n tangkap ikan hehe... tapi masa dkt sekolah neh teringat lagi cikgu mokhtar penyelia petang... setiapkali lepas exam ja dia check prestasi pelajar... nanti dia bagi nasihat lah :-) 
    • cikgu hasnah hassan saya sangat suka cara dia mengajar sbb apa... bila tak siap kerja sekolah perut kena cubit.... telinga kena tarik.... sebab tuh dari segi komsas dan sastera aku sangat minat bermula disini hehee... teacher nordiana pun tidak kurang hebatnya....banyak bagi nasihat... mengajar BI sanagt mudah faham... kalau aku ajar sah2 semua org tak faham hehe  cikgu khairul wahida masa neh mengajar aku subjek sejarah.... form 4 mengajar aku subjek tassawur islam... kalau tak siap kerja... buku terbang kot... pastu kena beleter :-) dengan leteran cikgu ia membuatkan saya lebih fokus dan sentiasa berusaha untuk siapkan kerja sekolah... 
    • cikgu non pun tidak kurang hebatnya... mengajar matematik dengan teknik mengajar sendiri... memudahkan kita untuk faham matematik... betul kata kajian bahawa orang asia mahir dalam matematik dan kurang kepada konsep/fakta... tapi cikgu non neh lain... sangat teliti mengajar... penyampaian jelas... cikgu ridzuan pun best juga ajar math... :-) ramai lagi cikgu2 yang memberi dorongan dan bantuan dalam perjalanan hidup seorang pelajar neh... jasa anda cikgu di SMKC sangat2 saya hargai.. kerana guru ialah pewaris bangsa.... dia juga pembentuk anak bangsa... terima kasih cikgu..
  • SMT SEBERANG PERAI PULAU PINANG
    • ok sebelum aku masuk smt sppp neh... aku nak ucapkan terima kasih dekat ayah aku sbb dia berusaha keras pergi sekolah smk changlun uruskan perihal berhenti sekolah... urusan yuran dan sebagainya.. terima kasih mak dan abah.... (15 mei ialah birthday mak aku hehe tapi tak dapat nak raikan almakhlum aku sanagt jauh dari sisi dia...) ...
    •  ok berbalik kepada smt neh.. banyak kenangan aku disni bersama rakan2 dan cikgu2... dekat sini sistem dia sangat berbeza.... membuatkan aku elbih fokus untuk belajar... tahap kemalasan aku semasa tadika sampai la ke tingkatan 3 berkurang lepas aku masuk skolah neh... entah kenapa timbul 1 sikap tanggungjawab/keperihatinan tentang budaya ILMU... Inspirasi keazaman iltizam moto sekolah neh.. ia membuatkan aku lebih bermotivasi... 
    • cikgu2 yang mengajar sangat sempoi dan sporting melayan karenah kami yang nakal2 neh walaupun aku neh pemalu hahaha...tapi teringat lagi masa sekolah dulu... cikgu fizik aku(cikgu anis)... waktu belajar tuh kalau tak siap kerja sekolah  free je beljar sambil menchangkung 2 jam... habis kena denda je komform2 jalan mcam angkasawan. hehe tapi denda tuh membuatkan aku jatuh hati pada Subjek FIZIK... bagi aku subjek fizik neh sangat menarik nak akta senang tak juga... nak kata susah tak juga... tapi sebab minat aku terus tekad belajar walaupun kadang2 menemui jalan buntu... cikgu anis n cikgu ayub banyak mmbantu... terima kasih cikgu... 
    • satu lagi aku teringat asal cikgu addmath aku ialatu puan salwa :-)... banyak memberi tunjuk ajar dan membuatkan semnagat aku untuk belajar addmath bertambah tinggi... mudah aku faham... teringat 1 masa tuh aku careless masa jawab exam salah pun benda senang2 je... apa cikgu salwa cakap... "fitri awak neh careless lah... benda senang pun tak bleh nak wat... nak saya denda kamu lari 2 pusingan pdang sekolah?" lepas pada tuh 1 + 1 pun aku tekan calculator hehee.. 1 lagi perkara aku ingat... masa neh tak siap kerja sekolah... kena lah g kelas tingkatan 4 kos Elektrik... masuk kelas beratur ramai2... cakap " adik2 jangan tiru macm kami... kami malas kami tak siapkan kerja sekolah"... denda mcm tuh walaupun kita rasa malu tapi bagi aku dia sangat bermotivasi kerana apa? kerana ia mengajar kita supaya tidak sambil lewa buat sesuatu perkara.... fikir apa akan berlaku kalau kita wat sesuautu... terima kasih cikgu salwa untuk A1 add math :-)
    • cikgu BM puan zaniah dan cikgu BI teacher Azila banyak jga mmbantu... dalam perjalanan menghadapi SPM banyak bantuan diberikan... banyak tunjuk ajar dan tips2 diberikan tapi sikap malas menyebabkan subjek BM neh kadang2 tak ramai orang dapat A... tapi cikgu zainiah sangat sabar orang nya... dan banyak memberi ganjaran kalau kita melakukan kebaikan... tidak lupa juga teacher azila... ingat lagi masa program mohon restu... " kenapa awak tak jumpa saya? saya tak maafkan awak.. kalau nak maafkan... mohon maaf sekarang... awak banyak wat salah dgn saya" itu kata teacher azila... masa neh dah dekat2 spm.. baru la aku rajin pergi bilik dia untuk baca beberapa petikan karangan BI untuk persediaan hadapi SPM.. sepatutnya awal lagi aku kena jumpa teacher tapi sbb aku neh tak brapa rajin dan ambil sikap smbil lewa tuh la jadinya... maaf teacher...
    • ...cikgu zam, cikgu ayu, cikgu amran,cikgu rohaizad, cikgu zaki, cikgu ahmad zoon,..cikgu haslina, ustaz hishamudin, dan warden2 serta semua guru2 di smtsppp yang banyak membantu juga.. terima kasih kepada cikgu2... nak cakap banyak lagi tapi masa terhad :-) nanti ada masa lagi saya cerita pengorbanan cikgu2 ... apa2pun cikgu2 di SMTSPPP sanagt terbaik dan patut diberikan balasan yang baik...
  • Itu sahaja cerita saya pengorbanan cikgu2 saya dalam membentuk saya yang malas neh... terima kasih cikgu... saya mohon cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu berikan... mana2 nama guru yang saya tak sebutkan dalam neh bukan bermakna saya tak ingat cikgu tetapi cikgu sentiasa dalam kenangan saya...  so saya mohon maaf banyak2 sepanjang perjalanan cikgu mendidik saya... banyak salah saya lakukan... maaf dipinta... semoga segala usaha murni cikgu mendapat kebaikkan dan balasan yang baik di dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t in syaa allah... kawan2/ siapa2 yang baca entri neh tolonglah hargai jasa guru kita... sejahat2 mana pun meraka pada pandangan kita..  mereka sangat baik disisi Allah... saya harap agar kementerian memulangkan semula rotan yang telah lama disimpan bagi mmbentuk peribadi pelajar... cikgu tak akan salah menggunakan kuasa selagi mana tiada kesalahan yang dilakukan oleh pelajar... betul kekerasa bukan cara terbaik untuk mendidik... tapi ramai2 yang berjaya hari neh bermula dengan penawar yang bernama ROTAN..... jadi saya tinggalkan dengansatu sajak buat guru:
    • SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

      BERBURU ke padang datar
      Dapat rusa belang kaki
      Berguru kepala ajar
      Ibarat bunga kembang tak jadi

      Dialah pemberi paling setia
      Tiap akar ilmu miliknya
      Pelita dan lampu segala
      Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

      Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
      Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
      Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
      Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

      Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
      Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
      Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
      Jika hari ini seorang ulama yang mulia
      Jika hari ini seorang peguam menang bicara
      Jika hari ini seorang penulis terkemuka
      Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

      Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
      Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
      Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
      Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
      Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
      Dia adalah guru mewakili seribu buku;
      Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
      Semakin bererti tugasnya kepada negara.

      Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
      Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
      Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
      Menjadi kenangan ke akhir hayat.

      USMAN AWANG
      1979
* lagu yang menjadi cover blog ini ialah dari sahabt saya IDRIS....