BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 26 Mei 2012

Aku KongSi Agar Kau Mengerti

aku petik dari
http://langitilahi.com/8747

bacalah sahabat....

Kehidupan: Terperangkap Di Alam Maya.

Dunia hari ini berkembang dan wujud pelbagai teknologi yang beberapa tahun sebelum ini tidak pula menjengah ke dalam minda kita. Namun begitulah dunia, sifatnya berkembang dan terus berjalan. Sesiapa yang alpa dan leka akan ditinggalkan, sesiapa yang belajar mengambil peluang dan menyusun perancangan, maka dia akan berjaya serta menggapai kejayaan.
Antara kemajuan masa kini adalah internet. Alam maya. Lambang perkembangan dunia  ini tanpa sempadan. Seakan-akan terwujud satu lopmpong baru di dalam kehidupan ini, yang menunjukkan bahawa ada satu lagi kehidupan yang lain.
Di alam maya itu ada blog, ada laman sosial, ada group-group dan pelbagai lagi. Hingga kita mengwujudkan komuniti-komuniti di alam maya, dan berurusan di dalamnya.
Tanpa menafikan pelbagai kepositifannya, kemajuan ini juga banyak memerangkap manusia.
Bukan sahaja mereka yang berniat menggunakan alam maya ini dengan sia-sia, tetapi juga kepada mereka yang berniat baik dan ingin menggunakan alam maya ini ke jalan yang bermanfaat, sebagai contoh – berdakwah ke arahNya.


Yang Mana Satukah Merupakan Realiti?

Kita hidup di alam mana? Kita mati di alam mana? Kita sakit di alam mana? Di alam manakah yang kita perlukan makanan dan minuman? Di alam manakah yang kita perlukan pakaian dan rehat? Di alam manakah yang kalau kita terhenti(mati) maka ‘kita di alam-alam’ yang lain juga akan turut mati?
Maka alam itulah dia yang merupakan realiti, manakala yang lain bukan. Dan pada saya, jawapannya tidak akan sesekali menjadi ‘alam maya’.
Tetapi ramai tidak mendalami perkara ini, kerana seronoknya mereka dengan teknologi alam maya seperti Facebook dan Blog. Menyebabkan mereka merasakan bahawa itulah dia alam mereka. Di sana mereka bermesra, di sana mereka berhubungan, di sana mereka habiskan masa mereka. Hingga mereka tidak berganjak daripada komputer, laptop, gajet-gajet seperti iPad dan Samsung Tab atau Telefon-telefon pintar, untuk satu jangka masa yang panjang.

Apabila Kita Telah Tersilap.

Apabila kita telah tersilap memandang yang mana satu merupakan ‘realiti’, di situ kita akan tersilap dalam merancang penyebaran dan penanaman kebaikan di dalam kehidupan kita dan masyarakat.
Kita akan terlalu sibuk ‘melaksanakan kebaikan’ di alam maya hingga langsung tidak bergerak di alam realiti. Kita sibuk share poster-poster kebaikan di dalam Facebook, kita sibuk berkongsi tazkirah dan pandangan terhadap Islam di dalam blog-blog kita, tetapi kita tidak bergerak dan mendekati masyarakat di alam realiti kita.
Kita sibuk mendekati akaun-akaun, group-group, blog-blog, tetapi kita tidak bergerak di dalam masyarakat, membina peribadi-peribadi, bergerak bekerja menyebarkan kebaikan dan manfaat di dalam komuniti realiti, mengimarahkan masjid dan membina rukun tetangga yang mithali, mendidik anak-anak dan isteri serta famili, menyantuni rakan-rakan dan sahabat, dan sebagainya.
Di sini, akan berlaku kepincangan.
Kerana kita hanya hebat di alam maya, tetapi merupakan angka-angka kosong di dunia yang sebenar.
Maka dakwah kelihatan kuat, tetapi hakikatnya hanya kuat di dalam ‘sangkar’.

Penutup: Bukan Tidak Boleh Langsung. Boleh. Tetapi Perlu Bijak.

Bukanlah artikel ini menafikan kelebihan dan manfaat yang ada daripada teknologi alam maya seperti Facebook dan Blog. Bahkan, saya dan kami di LangitIlahi menggalakkan kita semua menyumbang sesuatu, dan kalau boleh sumbang di dalam Facebook dan Blog, maka apa salahnya kita menyumbang di situ.
Namun, apa yang saya ingin tegaskan di sini adalah, kita perlu bijak menyusun. Jangan terperangkap di alam maya semata-mata, dan merasakan di situlah segala-galanya. Dapat like yang banyak, dapat share yang banyak, kita rasa dakwah kita, kebaikan yanbg kita sebar itu telah berjaya. Dengan itu, kita hakikatnya telah tertipu.
Tetapi, bergeraklah juga di alam realiti. Pastikan angka-angka yang like, yang share, di alam maya itu bukanlah angka-angka kosong. Kita merealitikan angka-angka di alam maya itu, kepada tubuh-tubuh yang real di alam realiti. Dengan sedemikianlah baru kita dapat menyentuh hati-hati dan membina peribadi-peribadi, sekaligus merubah keadaan masyarakat hari ini.
Jangan terperangkap di alam maya.
Alam maya hanya alat. Gunakannya pada kadar yang sepatutnya. Bukan berlebih-lebihan, seakan-akan ia adalah segala-gala.
Perlu bijak.

renung2kan wahai sahabat sekalian :-)
ku berpesan juga kepada diri ku jua...
aku tahu aku tak mempunyai ilmu agama yang tinggi tapi aku cuba menjadi seorang hamba yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi... insyaALLAH