BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 15 Januari 2012

Cinta itu Buta atau manusia yang buta kerna cinta?


nak baca neh kena guna lagu amar - sahabat MOOD yg betul :-)
From My FB

Eh kenapa sejak akhir2 ini aku selalu jer post yg Cintan2(bukan nama sebenar *Meggi CINTAN yang sebenarnya) = Cinta2.... adakah sudah tiba masa aku bercinta>> atau kerana cinta hati akan terluka... perlukah difikirkan cinta kalau akhirnya tak hidup bersama.... perlukah difikirkan cinta kalau diri ini dipenuhi dengan dosa? perlukah difikirkan cinta seorang wanita andai diri ini tidak setia? perlukah semua ini andai tak pandai jaga hati dan perasaan? tak ikut peraturan... tak ada kesetiaan... yang baik dipersalahkan... yang betol pun disalahkan... bertengkar dan asyik berselisihan... hilang saudara hilang kawan? itukah cinta manusia? aku belum pernah alaminya... sahabat2 yang pernah alami cinta manusia ini... sila tinggalkan pesan di chat box sebelah ini agar dapat ku jadikan pengajaran dan ikhtibar, supaya yang negative tak akan berulang.. yang positif akan bertambah positif.... terima kasih sahabt2... Kita lelaki ada tanggung jawab kepada keluarga(ibu bapa saudara2 dan masyarakat)... kalau kita tak berjaya sapa yang nak jaga ibu bapa kita? siapa nak jada bakal isteri2 kita? sapa yang nak jaga bakal anak2 kita? sapa lagi kalau bukan kita.... kalau masa bercinta pun dah huru hara apatah lagi kalau sudah berumah tangga? ker nak semua ni berlaku? fikirkan... bukan untuk anda... saya berpesan kepada diri sendiri... harap dapat menjadi yg terbaekk.. bukan nak cakap baik... tapi yg jahat boleh jadi baik apatah lagi kita yg hina neh?

Maaf andai luahan hati aku ini menampakkan kekurangan diri aku, bukan berniat nak menunjukkan kelemahan diri tapi nak semua orang memahami kenapa anda bercinta kenapa anda memilih dia... kenapa perlu setia.... bukan kerana hidup didunia sahaja.. malah kehidupan kita di akhirat sana... biar dia jadi bidadari untuk diri kita... My parent thanks sebab menjaga ku dari keil hingga dewasa.... semoga apa yang engkau curahkan aku tidak menjadi insan yang ibarat kacang lupakan kulit...

Jumaat, 6 Januari 2012

PePeRikSaaN dan SeKsaAn BeRtaMBaH KeNaNgaN

hehe Assalamualaikum.... maaflah kalau Tajuk nampak ganas semacam jer... tak ada apa yang ganas sangat... Just nak kongsi skit memandangkan dalam Gelora FINAL EXAM... Alhamdulillah lah setakat neh aku dah berjaya menjawab 3 kertas peperiksaan untuk 3 subjek iaitu SIGNAL & NETWORK, ENGLISH FOR ACADEMIC REPORT WRITTING, and CREATIVE & CRITICAL THINKING....


Kalau cakap subjek Signal and Network adalah satu subjek yang mudah, memeang betul tapi bagi orang yang pandai lah... tapi aku tidak... aku rasa subjek ini adalah subjek yang unik dan menarik.... Hal ini kerana ia mengaplikasikan ilmu math differential equation dan sdikit ilmu tentang signal.... bila aku belajar subjek neh baru aku tahu yang signal pelik2 yang kita lihat tuh rupa2nya ada equation yang tersendiri... Tapi berbalik kepada final exam.... Aku neh jenis study last minit... alhamdulillah apa yang aku study last minit tuh 50 % sama dengan final.... diharap kesukaran/kepayahan aku belajar signal selama 1 sem neh dibayar dengan kejayaan yang setimpal di atas usaha yang aku curahkan :-)Soalan final memang best... soalan 3 aku tak jawab... memang panjang jalan kiranya... aku takut Careless so aku tolak tepi soalan tuh :-) Satu benda aku nak tambah... sebenarnya Ilmu ialah peringkat paling bawah dalam Taxanomy Bloom... dimana proses memahami adalah peringkat yang ke dua... jadi apabila kita mengaplikasi sesuatu benda bermakna kita berada di tahap yang ke 3 dalam Taxanomy Bloom... so ni just tambahan haha
Credit tu Dr MD PAUZI BIN ABDULLAH kerana telah mengajar subjek neh dengan jayanya.. terima kasih Dr


Seterusnya Subjek Critical Thinking.... aku rasa subjek 2 jam kredit neh memang best dan sangat penting bagi orang engineering mcm aku neh... Nak tahu kenapa?? melalui subjek neh kita dapat meningkatkan tahap pemikiran dan kreativiti kita dalam berfikir dan menyelesaikan masalah... mana tahu bila aku blajar neh, suatu hari nanti aku akan menghasilkan PRODUK BARU yang mampu memberi manfaat kepada orang lain...Hahaha angan2 BAekkk punya :-)... subjek neh aku tak tahu mcm mana... sebab test aku berjaya dapat 28/30.... aku main karang jer dngan pendapat aku yang tak seberapa... last2 tgok dpt markah tuh.. terkejut jga aku... haha...Dr Sarimah Binti Abdul Razak yang mengajar aku subjek tuh mmg terbaekk.... senyum jer kerja dia.... hehe.... hati pun baik ( bukan nak bodek tapi kenyataan bertulis ) kalau anda kata saya bodek ( tolong ubah persepsi negatif anda kepada positif... terima kasih =) ... final dekat KTF... bapak jauh dari KTC dah la final jam 3 petang... time2 petang neh landing(tido) best kan??? haha... so harap final yang aku wat sebaik mungkin tuh berjaya membantu aku mendapatkan A dalam subjek neh... amin... doa-doakan lah yer smua... kalau ada pilihan subjek aku suggest amik subjek neh... TERBAEKKKK

Subjek BI plak... 14 minggu blajar wat report jer.... haha pastu kena hantar draf... aku neh dah la lemah BI... tapi alhamdulillah Pn Maimunah Binti Majid Khan dan rakan2 group juga section aku banyak membantu.... aku neh jenis darah gemuruh... kalau cakap dekat depan ada jer reaksi sepontan yang akan aku lakukan...haha yang aku pelik... bila aku bercakap dekat depan ada ja org nak gelak... aku neh pelawak ker apa?? kalau ada bakat tuh aku nak masuk MEGA RAJA LAWAK jer hehehe... Tapi best lah.. skurang2nya aku dapat blajar mcm mana wat Report dan boleh di applikasi masa tahun akhir nanti time nak wat PSM.... Final exam yang lawak neh... Tajuk dia REAR SEATBELT... petikan panjang jer...aku pon mcm malas baca hehe... aku karang ikut suka aku jer... markah brapa aku dapat aku tak tau hahaha... diharap bleh dapat 20/30 dan keatas(nak tinggi jer tapi MALAS - ingat kawan2 malas ialah satu penyakit yang menyebabkan kita tidak boleh mencapai kejayaan. jadi jauhi dia... hehe) insyaALLAH...

Esok Subjek Device.... tak sabar nak tgok soalan apa.. padahal tak study lagi...... doa2kanlah....

khamis n Jumaat depan ada paper MATH KEJUT and TECHNO... 2 subjek neh aku tak tahu mcm mana... tak der GAP aku nak study... doa2 kanlah yer :-)

lupa plak.. yang ajar Device neh asalnya Prof MAnaf tapi dipindahkan ke KL.. so digantikan dengan Dr Rubita Binti Sudirman... (nak graf COS untuk Gred Exam)
Subjek MATH KEJUT plak diajar oleh PM DR MUNIRA BINTI ISMAIL.... best giler... haha tapi kadang2 batal jer kelas... sibuk agaknya...
Subjek TECHNO plak diajar oleh Dr SAIFULNIZAM...Banyak Konsep kena tahu n paham... so terimakasih kepada pihak2 yang membantu aku sepanjang SEM 3 Aku di UTM skudai :-)

sampai sini jer lah.. nanti aku coret lagi... aku pun tak tahu apa yg aku taip dekat atas2 neh... malas nak baca semula hahaha... kalau korang baca... komen2lah dekat tepi tuh hehe dkt chat box

aku harap aku tak menghampakan harapan IBU BAPA aku... CIKGU2 yang banyak membantu serta RAKAN2 yang memberi semangat....