BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 26 Mei 2012

Aku KongSi Agar Kau Mengerti

aku petik dari
http://langitilahi.com/8747

bacalah sahabat....

Kehidupan: Terperangkap Di Alam Maya.

Dunia hari ini berkembang dan wujud pelbagai teknologi yang beberapa tahun sebelum ini tidak pula menjengah ke dalam minda kita. Namun begitulah dunia, sifatnya berkembang dan terus berjalan. Sesiapa yang alpa dan leka akan ditinggalkan, sesiapa yang belajar mengambil peluang dan menyusun perancangan, maka dia akan berjaya serta menggapai kejayaan.
Antara kemajuan masa kini adalah internet. Alam maya. Lambang perkembangan dunia  ini tanpa sempadan. Seakan-akan terwujud satu lopmpong baru di dalam kehidupan ini, yang menunjukkan bahawa ada satu lagi kehidupan yang lain.
Di alam maya itu ada blog, ada laman sosial, ada group-group dan pelbagai lagi. Hingga kita mengwujudkan komuniti-komuniti di alam maya, dan berurusan di dalamnya.
Tanpa menafikan pelbagai kepositifannya, kemajuan ini juga banyak memerangkap manusia.
Bukan sahaja mereka yang berniat menggunakan alam maya ini dengan sia-sia, tetapi juga kepada mereka yang berniat baik dan ingin menggunakan alam maya ini ke jalan yang bermanfaat, sebagai contoh – berdakwah ke arahNya.


Yang Mana Satukah Merupakan Realiti?

Kita hidup di alam mana? Kita mati di alam mana? Kita sakit di alam mana? Di alam manakah yang kita perlukan makanan dan minuman? Di alam manakah yang kita perlukan pakaian dan rehat? Di alam manakah yang kalau kita terhenti(mati) maka ‘kita di alam-alam’ yang lain juga akan turut mati?
Maka alam itulah dia yang merupakan realiti, manakala yang lain bukan. Dan pada saya, jawapannya tidak akan sesekali menjadi ‘alam maya’.
Tetapi ramai tidak mendalami perkara ini, kerana seronoknya mereka dengan teknologi alam maya seperti Facebook dan Blog. Menyebabkan mereka merasakan bahawa itulah dia alam mereka. Di sana mereka bermesra, di sana mereka berhubungan, di sana mereka habiskan masa mereka. Hingga mereka tidak berganjak daripada komputer, laptop, gajet-gajet seperti iPad dan Samsung Tab atau Telefon-telefon pintar, untuk satu jangka masa yang panjang.

Apabila Kita Telah Tersilap.

Apabila kita telah tersilap memandang yang mana satu merupakan ‘realiti’, di situ kita akan tersilap dalam merancang penyebaran dan penanaman kebaikan di dalam kehidupan kita dan masyarakat.
Kita akan terlalu sibuk ‘melaksanakan kebaikan’ di alam maya hingga langsung tidak bergerak di alam realiti. Kita sibuk share poster-poster kebaikan di dalam Facebook, kita sibuk berkongsi tazkirah dan pandangan terhadap Islam di dalam blog-blog kita, tetapi kita tidak bergerak dan mendekati masyarakat di alam realiti kita.
Kita sibuk mendekati akaun-akaun, group-group, blog-blog, tetapi kita tidak bergerak di dalam masyarakat, membina peribadi-peribadi, bergerak bekerja menyebarkan kebaikan dan manfaat di dalam komuniti realiti, mengimarahkan masjid dan membina rukun tetangga yang mithali, mendidik anak-anak dan isteri serta famili, menyantuni rakan-rakan dan sahabat, dan sebagainya.
Di sini, akan berlaku kepincangan.
Kerana kita hanya hebat di alam maya, tetapi merupakan angka-angka kosong di dunia yang sebenar.
Maka dakwah kelihatan kuat, tetapi hakikatnya hanya kuat di dalam ‘sangkar’.

Penutup: Bukan Tidak Boleh Langsung. Boleh. Tetapi Perlu Bijak.

Bukanlah artikel ini menafikan kelebihan dan manfaat yang ada daripada teknologi alam maya seperti Facebook dan Blog. Bahkan, saya dan kami di LangitIlahi menggalakkan kita semua menyumbang sesuatu, dan kalau boleh sumbang di dalam Facebook dan Blog, maka apa salahnya kita menyumbang di situ.
Namun, apa yang saya ingin tegaskan di sini adalah, kita perlu bijak menyusun. Jangan terperangkap di alam maya semata-mata, dan merasakan di situlah segala-galanya. Dapat like yang banyak, dapat share yang banyak, kita rasa dakwah kita, kebaikan yanbg kita sebar itu telah berjaya. Dengan itu, kita hakikatnya telah tertipu.
Tetapi, bergeraklah juga di alam realiti. Pastikan angka-angka yang like, yang share, di alam maya itu bukanlah angka-angka kosong. Kita merealitikan angka-angka di alam maya itu, kepada tubuh-tubuh yang real di alam realiti. Dengan sedemikianlah baru kita dapat menyentuh hati-hati dan membina peribadi-peribadi, sekaligus merubah keadaan masyarakat hari ini.
Jangan terperangkap di alam maya.
Alam maya hanya alat. Gunakannya pada kadar yang sepatutnya. Bukan berlebih-lebihan, seakan-akan ia adalah segala-gala.
Perlu bijak.

renung2kan wahai sahabat sekalian :-)
ku berpesan juga kepada diri ku jua...
aku tahu aku tak mempunyai ilmu agama yang tinggi tapi aku cuba menjadi seorang hamba yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang tinggi... insyaALLAH

Sabtu, 19 Mei 2012

Wink2.... KEM KOM VerSuS KeTuA FaSi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :-) apa khabar semua... harap sihat hari neh saya nak cita skit... kalau perasan dekat title tuh ada sebut pasal kem kom n ketua fasi... apa benda tuh... terfikir tak?? sebenarnya dua benda yang disebut2 tuh memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah program seperti khidmat pendidikan or khidmat masyarakat.. kenapa???

1. Ketua Fasi
kalau kita tngok dalam program khidmat pendidikan(KP) ketua fasi sangat memainkan peranan terutama bila bersama adik2 fasi. Ketua fasi kena sentiasa senyum walaupun stress datang dalam program tuh... almakhlum kalau ketua fasi down semua org down juga... sebabtuh bilamana kita nak jadi ketua fasi neh kta kena FLEKSIBEL.... kena tahu mcm mana nak atasi masalah... ok banyak sembang tapi tak gtau pun apa tuh ketua fasi hehe... ketua fasi neh org no 2 paling penting dalam sesebuah program terutama pada hari kejadian atau hari program tuh dijalankan... ketua fasi neh kena rancang mcm mana nak pasti program berjalan lancar... masalah yang dihadapi oleh fasilitator setiap kumpulan perlu diatasi sebaiknya oleh ketua fasi.. bermakna kalau setiap LDK terdapat kekurangan dari segi penyampaian modul kepada peserta jadi ketua fasi kena menyampuk dengan cara baik untuk pastikan LDK tuh berjalan lancar... ketua fasi juga berperanan nak naikkan suasana... sebab apa... kalau suasana muram ja... adik2 n fasi2 yang letih neh akan bertambah letih... tuh la pasai ketua fasi sangat penting... tapi tak bermakna nak naikkan suasa kerja ketua fasi ja.. fasi2 yang ada kena membantu...

Cerita pasal ketua fasi neh nak cita skit pengalaman... hari tuh join program bawah kelab smart camp KTC... jadi ketua fasi kendalikan pelajar dari sekolah menengah tun ismail... program neh just educational trip je... tapi bila dah jadi ketua fasi baru tahu yang betapa sukarnya menjadi KETUA FASI... orang kalau tgok kita kat depan nampak senang jer kita hendle... tapi hakikatnya bila kita dalamkan sikit peranan ketua fasi tuh mmg susah.. saya dah rasai sendiri pengalaman tuh :-) first sekali dapat tugas ketua fasi terima jer arr sebab nak timba ilmu n tingkatkan keyakinan diri berkomunikasi di khalayak ramai... tapi time program berlangsung semua adik2 fasi hyper aktif... hah mcam mana nak wat... terpaksa lah ubah diri yang sentiasa pendiam neh kepada mood adik2 tuh... sebab apa... bila diorang hyper aktif kita pon kena hyper aktif...

jadi sapa2 yang nak jadi ketua fasi... jadilah n alami pengalaman bermakna neh... dpt kenal ramai org yg pelbagai-bagai ragam... ada yang creative.. ada yang pasif... ada yg aktif n ada yg hyper aktif.. tapi pengalaman membawa 1 perubahan dalam diri kita... ingat tuh... thankz wat rozana alik sebab jemput aku jadi fasi.. thankz juga wat fasi2 yang terlibat like hajar.... wani... ang... hanis... kamarul... aben... izzat... shaufil... and lain2nya.. banyak sgt ^^... bagi yang baru jer nak mengorak langkah menjadi fasi or ketua fasi go on... jadikan langkah pertama neh sebagai anjakan paradigma bagi anda untuk terus join jadi fasi or ketua fasi... best :-)

2. kem kom
Ingat aku pasal kem ESTRELLA.... padamulanya saya ditugaskan jadi fasi... kemudian dpt offer jadi ketua fasi... almakhlum dah penah jadi ketua fasi so saya tolak lah.... then secara tetiba... kem kom yang sedia ada sakit... hah abes.... mcm mana nehh... dpt plak offer jadi kem kom.... nak tolak kang susah... nak terima plak ilmu tak ada.... tapi bilamana fikir tu satu tanggungjawab... terima jer lah jadi kem kom... sebab kem kom neh penting dalam program... sorry to partner fasi (IRA) sebab tak menjadi partner fasi anda kerana terima tanggungjawab sebagai KEM KOM.. sory once again...

ok apa itu kem kom ( kem komander)

peranan dia senang ja... pastikan tentatif program berjalan mengikut masa yg ditetapkan.... menjaga disiplin peserta supaya masa tak lari... pastikan ada perubahan kepada peserta.... kem kom juga org no 1 dalam program... sebab apa... bila ada masalah yang berlaku... fasi n ketua fasi tak leh tegur adik2 tuh dgn marah2... tak proper... jadi masalah yang timbul sepanjang program akan diberitahu kepada kem kom untuk kem kom ambil tindakan... barulah peserta tahu apa tujuan dia join sesuatu program... kem kom neh kalau kita tengok garang jer memanjang... tak der senyum2... bukan apa... kalau senyum para peserta terutama adik2 tuh hilang respect dkt kita.... kita tahu manusia neh suka bercakap... kalau ketua fasi bercakap... adik2 bercakap... mmg tak best lah kan... tak der respect... so bila impak yang ditunjkkan oleh kem kom adalah baik.. jadi suasana yang mcm tuh (bising) tak beraku lah sebab peserta tuh risau klu kem kom marah.... haha so dapatlah lahirkan peserta yang baik... bila keluar dari program tuh....

 ok citer pasal kem kom.... meh nak cita pengalaman... aku jadi kem kom masa kem estrella dekat sk rambah pontian johor... mmg best sebab ajk n fasi ratanya2 tahun 1... mmg 1 impak baik bila program tuh budak2 baru... bagi diorang timba ilmu kefasilitatoran n menlancarkan program(jadi AJK)... harap tak serik lah join program... tousand miles always start with a sigle/first step...

 time aku jadi kem kom tuh.,. aku nak ucap terima kasih kepada sapa2 yg tlg ajar aku jadi kem kom like abang hassan.. abang amir... abang naufal..abg haziq... abang azwar... izzat lau dan lain2nya... first time jadi kem kom... mmg banyak benda aku belajar... yg best tuh aku yang suka senyum neh terpaksa ketatkan muka aku 3 hari... tak leh senyum kot hahaha.... time tuh aku nak pastikan adik2 neh berubah... atitude tuh yg penting bila kita jadi seorang pelajar.... so hari pertama aku jadi KEM KOM dah tak tahu nak wat apa... nasib baik ada abang2 yang bagi hint dari belakang apa benda aku nak wat... so petang tuh aku still lagi belajar how to adapt with any situation... malam lah masa untuk aku mencuba keupayaan yang aku ada... alhamdulillah malam tuh berjalan lancar... 3 benda aku fokuskan dalam rogram neh untuk adik2 adalah... DISIPLIN... FOKUS.... KERJASAMA... alahamdulillah so far aku nya objektif untuk lahirkan adik2 3 aspek neh berjaya.. bagi aku lah... kalau yg lain tak setuju tak per lah ^^
gambar mcm tak der kena mengenakan... saja jer... ^^

esok harinya masuk hari kedua aku kena ketat muka... mana tahan.. aku suka senyum n ketawa ^^... last2 aku pilih 3 tempat yang menarik untuk aku lepaskan senyuman aku... kat mana tempat tuh>?? agak2 kat mana> hahahha 1 dekat tandas... ^^ 2 dekat tangga... 3 dekat bilik gerakan ^^... sorang2 aku gelak dah macam org gila dah... tapi malangnya time aku gelak sorang2 tuh terkantoi plak dengan makcik kantin si amelia n kechik... haha mmg kena bahan la aku tiap2 hari.. tapi pengalaman tuh sgt bermakna wat aku...


cerita pasal hari ke2 juga... petang kul 2.30 ada explorace... aku hanya mampu melihat dari dalam bilik je melalui gerigi tingkap... sedih kot... tapi wat mcam mana KEM KOM... kang kuar tergelak terus hilang peranan jadi kem kom ^^... masa aku gelak sorang2 tgok gelagat fasi n adik2 tuh tetiba abang azwar buka pintu... ^^ terkantoi aku gelak sorang2 haha... kena juga bahan ^^.. tapi apa2 pon terbaek lah wat semua fasi... MT.. pengarah... sebab program neh berjalan lancar... MUIZ tahniah jadi MT MODUL... best kan bila kita dapat fikirkan satu modul yang boleh memberi kesan kepada pelajar... maaf juga kalau aku ada komen modul2 yang ko wat n aku ubah skit modul berdasarkan pengalaman yang aku pernah lalui.... sory ea mengganggu modul ko... bukan apa. just nak bagi lancarkan program tuh skit jer... yang lain aku respect kak dilla, abg hassan.. abg naufal... walaupun tahun akhir still turun memberi sumbangan kepada masyarakat... kelab lambaian masyarakat... Kolej tuanku canselor dan UTM skudai... tahniah... terima kasih semua atas komitmen dan tunjuk ajar dari kalian semua...

 KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT>>>>> KELAB SMART CAMP>>> KOLEJ TUANKU CANSELOR terbaik... im loving it... banyak lagi lah nak dicerita tapi macam dah banyak aku karang.. entah2 korang buka blog neh baca ker tak aku tak tahu hehehe.... so sampai sini jer lah... lain hari aku cita lagi... tapi aku teringin juga nak jadi fasi/ketua fasi/ kem kom untuk kelab kolej lain mcm K10, KP, KTDI dan sebagainya...

ada ruang dan peluang jemput lah aku ^^