INSTITUT Kewangan Asia (AIF) yang ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi meningkatkan pembangunan modal insan dalam sektor kewangan, akan melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dalam tempoh tiga tahun membabitkan pelaburan lebih RM200 juta.
AIF yang dikenali Pusat Pendidikan Perkhidmatan Kewangan (FSEC) sejak penubuhannya November tahun lalu, akan menyediakan penyelesaian latihan yang berkualiti merangkumi pelbagai bidang dalam sektor kewangan termasuk perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal.
Ketika ini, AIF bekerjasama dengan empat institusi latihan iaitu Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Institut Insurans Malaysia (MII) dan Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berkata AIF akan melaksanakan lebih 100 program pembangunan kapasiti di kalangan profesional dalam sektor kewangan dalam tempoh tiga tahun.
Katanya, AIF turut menerima peruntukan dana lebih RM200 juta daripada bank pusat dan juga pihak industri bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan modal insan di kalangan tenaga kerja sektor kewangan.
“Pembangunan modal insan dalam sektor kewangan penting bagi membantu kepada peralihan ekonomi pada masa depan
Jumaat, 28 Ogos 2009
Berita Ekonomi Malaysia..
Posted by Simple Boyz Alwayz at 12:13 PG 0 comments
Golongan dibenarkan berbuka puasa
Golongan dibenarkan berbuka puasa
SIAPAKAH orang yang dibenarkan berbuka pada Ramadan dan adakah mereka wajib menggantikannya (qada)?
Antara mereka yang dibenarkan berbuka ialah:
l Orang tua yang uzur. Mereka diwajibkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah sebanyak satu cupak untuk satu hari (anggaran 675 gram = RM1.75) dan tidak wajib menggantikan puasanya (qada) mengikut pendapat Imam Syafie, Hanafi dan Maliki.
2 Orang sakit yang tiada harapan sembuh juga sama hukumnya sama seperti golongan uzur mengikut pendapat tiga imam tadi. Antara penyakit itu ialah: leukemia, kanser usus, Aids, meningitis (jangkitan selaput otak), pneumonia (jangkitan paru-paru), pyelonephritis (jangkitan saluran kencing) dan septisemia (pemusnahan tisu akibat bakteria di dalam saluran darah).
3 Orang yang bermusafir sejauh dua marhalah (88.7 km) yang membolehkannya sembahyang qasar. Syaratnya, ketika musafirnya sebelum terbit fajar. Haram berbuka bagi mereka yang bermusafir di siang hari mengikut pendapat Imam Syafie. Beliau juga berpendapat bagi yang bermusafir pada suatu waktu saja iaitu bersifat sementara (tidak kekal musafir). Mereka diwajibkan menggantikannya pada waktu lain. Manakala bagi yang sentiasa bermusafir tidak diharuskan berbuka kerana tiada ruang masa untuk mengqadanya.
4 Ibu hamil yang bimbang terhadap dirinya atau janin di dalam perutnya diharuskan berbuka mengikut pendapat Syafie dan Hanafi. Jika akan berlaku kemudaratan kepada salah satu dari keduanya maka jumhur ulama berpendapat ia wajib berbuka. Ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan (Al-Baqarah: 195.
Begitupun ibu yang menyusukan anaknya. Maka diwajibkan menggantikan puasa serta membayar fidyah (satu cupak) jika dibimbangi terhadap janinnya saja. Jika bimbang terhadap keduanya maka diwajibkan qada saja tanpa diwajibkan membayar fidyah. Mengikut pendapat Imam Syafie, hukumnya sama juga bagi mereka yang mengambil upah menyusukan anak atau mendermakan-nya jika tiada orang lain yang tampil membantu.
5 Mereka yang bekerja berat sehingga terpaksa berbuka seperti pekerja di sektor pertanian, pembinaan dan lain-lain dengan syarat tiada pekerjaan lain untuknya meneruskan kehidupan. Bagaimanapun hendaklah dia berniat puasa pada malamnya dan jika dia tiada berdaya lagi bolehlah dia berbuka dan wajib menggantikan pada hari yang lain (qada).
Seseorang meninggal dunia sedangkan dia masih belum melunaskan qada puasa yang lalu dan walhal dia berupaya melakukannya ketika hayatnya. Adakah dibolehkan ahli keluarganya menggantikan puasa bagi pihaknya?
Rasulullah SAW bersabda melalui hadis Aisyah RA bermaksud: “Barang siapa yang meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai kewajipan puasa, maka hendaklah digantikan oleh ahli keluar-ganya (walinya). (Bukhari, Muslim dan Ahmad dalam Musnad-nya).
Berdasarkan hadis ini, adalah disunatkan bagi keluarga si mati menggantikan puasa orang yang meninggal tanpa membayar fidyah. Boleh juga puasa ini dilakukan orang lain tetapi selepas mendapat keizinan dari ahli keluarga si mati.
Pernah datang seorang lelaki berjumpa Nabi SAW lalu bertanya : “Wahai Rasulullah, ibu saya meninggal dunia sedangkan ia masih mempunyai hutang puasa selama sebulan, bolehkah saya mengqadakan puasa itu bagi pihaknya ? Maka sabda Rasulullah yang bermaksud : “Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah kamu akan membayar hutangnya? Maka jawab lelaki itu: `Ya`. Maka Rasul SAW bersabda: Hutang kepada Allah adalah lebih perlu untuk dibayar. (Riwayat Ahmad).
Bagaimanapun diharamkan bagi seseorang mewasiatkan kepada keluarganya untuk menggantikan puasanya sedangkan dia masih hidup.
Antara berbuka puasa dan solat Maghrib. Yang manakah patut didahulukan?
Sunat berbuka dulu sebelum solat dengan tamar atau air sebelum sembahyang. Dari Anas RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW berbuka dengan beberapa biji kurma atau dengan beberapa teguk air saja. (Riwayat Abu Daud).
Jika makan sudah dihidangkan maka diharuskan kita mendahului makan berdasarkan sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika makan malam sudah dihidangkan, maka makanlah dulu sebelum solat Maghrib, janganlah kamu melengahkannya.
Dalam hadis yang lain sabda Nabi SAW bermaksud: “Apabila bertembung antara makan malam dan solat Isyak maka didahulukan makan malam”. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada individu masing-masing yang lebih mengetahui mengenai dirinya sendiri.
Posted by Simple Boyz Alwayz at 12:09 PG 0 comments
Isnin, 17 Ogos 2009
Jumaat, 14 Ogos 2009
RAMADHAN N TANGISAN
Ramadhan Aku Merindui-mu
Ramadhan adalah bulan yang amat dinantikan oleh umat Islam kerana ia menyimpan jutaan pahala dan keberkatan yang tidak ada pada bulan lain.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sudah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu semua berpuasa dalam bulan itu. Pada Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka. Pada malam itu syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang diharamkan kebajikannya, bererti diharamkan segala rupa kebajikan."
( Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-Baihaqi )
Justeru sempena kedatangan Ramadhan, masyarakat Islam digesa membuat persediaan terutama dengan menghayati dan mengulangkaji beberapa perkara berkaitan bulan itu antaranya kelebihan beramal, amalan sunat dan teladan kisah daripada Rasulullah SAW serta sahabat.
Persediaan mejelang Ramadhan.
1. mengulangkaji setiap perkara berkaitan puasa seperti hukum puasa adab dan hikmah
2. membanyakkan doa agar ditambahkan kekuatan, kelapangan dan kesempatan untuk menempuh Ramadhan.
3. mencegah diri daripada melakukan pembaziran
4. kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keazaman untuk melipat gandakan amalan
5. rasa senang dan gembira menyambut Ramadhan.
**inilah antara amalan menjelang Ramadhan dan senantiasa dilakukan Rasulullah serta Para Sahabat ketikan menyambut kedatangan Ramadhan.
*Perkara hadapi Ramadhan
1* biasakan diri dengan puasa sunat setiap isnin dan khamis.
2*menahan atau memelihara angota badan daripada melihat,melakukan, melaksanakan serta mengikut amalan syaitan yang boleh membawa kepada DOSA atau MAKSIAT
3*melazimkan diri untuk solat berJEMAAH di surau/masjid dan bersedekah (2 IN 1 not H1N1)
4*mula bertadarus atau membaca AL-QURAN
5* melazinkan solat sunat/ qiamullai.
6*biasakan diri bagun awal untuk bersahur kerana bersahur terdapat banyak keberkatan dan kebaikan ketika berpuasa.
*3* Dari ANNAS, bersabda Rasullullah maksudnya:
" Sedekah yang paling baik ialah sedekah dalam bulan Ramadhan. "
- Riwayat Al-Tirmizi
*6*Dari ANNAS, berkata Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
" Makan sahurlah kamu, sesungguhnya makan sahur itu berkat ( menguatkan badan, menahan lapar kerana puasa). "
-Riwayat Bukhari dan Muslim
Fadhilat Ramahan/puasa
1.mengajar kita bersabar
2.dapat melahirkan perasaan insaf sebagai seorang hamba ALLAH
3.menjauhkan maksiat ZAHIR dan BATIN
4. menjadikan orang-orang Islam berdisiplin
5.mengawal hati
6.merupakan AMANAH ALLAH
7.baik untuk kesihatan
8. menghindarkan diri dari sifat MALAS
9.puasa dinilai baik disisi ALLAH
ada kajian tentang Ramadhan yang mengatakan bahawa dengan puasa dapat menghasilkan satu sel yang diberi nama OMEGA yang mampu meningkat kecergasan minda dan otak. jadi ia bersesuaian dengan kita sebagai HAMBA ALLAH yang ingin menuntut ilmu ALLAH di muka BUMI. renung-renungkanlah serta selamat beramal.
Posted by Simple Boyz Alwayz at 10:41 PTG 0 comments