BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 28 Ogos 2009

Berita Ekonomi Malaysia..

INSTITUT Kewangan Asia (AIF) yang ditubuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi meningkatkan pembangunan modal insan dalam sektor kewangan, akan melaksanakan pelbagai program pembangunan kapasiti dalam tempoh tiga tahun membabitkan pelaburan lebih RM200 juta.

AIF yang dikenali Pusat Pendidikan Perkhidmatan Kewangan (FSEC) sejak penubuhannya November tahun lalu, akan menyediakan penyelesaian latihan yang berkualiti merangkumi pelbagai bidang dalam sektor kewangan termasuk perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal.

Ketika ini, AIF bekerjasama dengan empat institusi latihan iaitu Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Institut Insurans Malaysia (MII) dan Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC).

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, berkata AIF akan melaksanakan lebih 100 program pembangunan kapasiti di kalangan profesional dalam sektor kewangan dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, AIF turut menerima peruntukan dana lebih RM200 juta daripada bank pusat dan juga pihak industri bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan modal insan di kalangan tenaga kerja sektor kewangan.

“Pembangunan modal insan dalam sektor kewangan penting bagi membantu kepada peralihan ekonomi pada masa depan

0 comments: