BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 17 Disember 2011

Buatmu Sahabat...

Coretan ini adalah coretan ke 2 dari ku.... Aku rasa aku banyak buat salah kepada sahabat2 yang mengenali diri ku ini.... aku rasa banyak Janji aku tak tertunai... banyak kata tapi tak terlaksana.... sehingga kan aku diuji oleh Allah.... Setiap hari aku ditimpa masalah.... Setiap hari aku rasa kecewa... mungkin ini musibah yang melanda kepada diriku... betul kata orang lama... kerana mulut badan binasa.... kepada sahabat2 yang terasa aku mohon maaf kerna dosa aku dengan Allah boleh diampuni namun dosa aku sesama manusia perlu memohon maaf kepada empunya diri... bacalah coretan aku ini...

Sahabat...
Cerita aku tidaklah mudah,
Cerita aku tidak pula susah,
Hanya yang indah ku simpan sebagai sejarah,
Yang pahit pula dibaiki menjadi langkah.

Sahabat...
Jika kau mengejar cita-cita,
Pilihlah jalan yang sukar agar kau akan berjaya,
Jika kau mengejar CINTA,
Jangan dilupa pada ke-2 IBU BAPA yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa.

Sahabat...
Di dunia ini penuh dengan panca roba,
Kau ketawa dan gembira bersama-sama,
Kau menangis tiada siapa perdulikannya,
Itulah masyarakat di dunia EGO dengan diri yang kerdil lagi hina.

Sahabat...
Apabila ku temu jalan buntu,
Kau datang membantu,
Bila ku ditimpa perasaan pilu,
Aku harap kau tetap bersamaku.

Sahabat...
Bak kata orang Bercinta Biar Satu Berkawan Biar Beribu,
Namun diantara kawan yang beribu yang kau temu,
Adakah yang Ikhlas kepadamu?
Yang banyak hanyalah mengambil kesempatan terhadapMU.

Sahabat...
Tatkala Ujian datang menduga,
Aku menjadi huru-hara dan lupa akan perananku di dunia,
Kehadiranmu membawa seribu makna,
Membawa aku ke jalan TUHAN yang maha esa.

Sahabat...
Andai suatu hari kau berjaya,
Jangan dilupa pada ke-2 IBU BAPA,
Jangan dilupa pada GURU yang menabur jasa,
Jangan angkuh atas kesenangan di dunia.

Sahabat...
Aku bersyukur mempunyai sahabat sepertimu,
Tak lapuk membantu tak lekang memberi nasihat kepadaku,
Namun aku tidak termampu,
Menunaikan janji dan membalas segala jasa mu terhadapku.

Sahabat...
Andai hari esok aku sudah tiada,
Ku mohon ampun atas segala dosa,
Kun minta halal dari segala benda,
Aku memohon maaf dari Scapula sampai ke Fibula.

Sahabat...
Setelah diriku tiada di dunia,
Ku harap diriku sentiasa diiringi dengan doa,
Dalam setiap tangisan dan doa diriku tidak dilupa,
Hanya doa membawa bekalan ku samada ke neraka atau ke syurga.

Sahabat...
Jika sepanjang berkenalan dengan ku,
Aku terlanjur kata dan tingkah laku,
Terimalah aku sebagai sahabat terbaik buatmu,
Kerna aku adalah insan yang tak dapat lari dari melakukan salah laku... maafkan aku

Sekian sahaja coretan Buatmu Sahabat,
Diharap luka yang berdarah akan terubat,
Maksiat dan dosa disusuli dengan taubat,
Sama-sama kita kembali kepada Allah dan rasulnya dengan selamat.

InsyaALLAH..... "BUATMU SAHABAT"
Dirimu TETAP dalam INGATAN....

Khamis, 15 Disember 2011

Aku Engkau dan Dia

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh terfikir nak mengarang semua ini... mungkin apa yang aku karang atau coretkan ini mengguris jiwa atau perasaan sesiapa aku menyusun 10 jari memohon maaf dari mu. Mungkin sudah tiba masanya aku mencari seseorang yang boleh mengubat hati yang luka, memberi cinta dan kegembiraan dunia, memberi sinar yang menghijau kepada ku setiap hari, mungkin ini seruan Illahi... aku pun tak pasti... sebeb aku masih belajar lagi, di johor universiti yang disanjungi dan disekat dek falsafah diri ("never fall in love to someone until im finish my degree")bacalah coretan ku ini

Aku Engkau dan Dia

Sang mentari menyinari,
Sang pelangi mewarnai,
Hidup didunia tidak akan beerti,
Jika tidak mendapat kerehaan dari Illahi.

Tidak guna 2 hati menjadi SATU,
Jika akhirnya menjadi tidak menentu,
Nak salahkan dia ataupun aku?,
Fikir-fikirkan apa yang terbaik untukmu.

Apa guna mengungkap kata CINTA?
Andai 2 hati akan terluka,
Apa guna mengikat CINTA?
Andai akhirnya tidak hidup bersama.

Tiada guna mencintaimu TUJUH hari seminggu,
andai semua itu janji palsu,
Biar aku mencintai Allah yang satu,
Daripada mendapat Cinta palsu dari diri MU.

Aku bukanlah yang terbaik untukmu,
Namun aku mencuba menjadi payung yang memayungi dirimu,
Aku bukanlah kaya darimu,
Namun aku akan berusaha menjaga dirimu.

Hujan gerimis di pagi hari,
Membawa kerahmatan dari Illahi,
Biar menjadi insan berbudi tinggi,
Agar disayangi oleh pencipta diri yakni Illahi.

Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat jualah tempat tumpangan selama-lamanya,
Walaupun mengenali dirimu hanya seketika,
Sudah cukup memberi kegembiraan di dunia yang fana dan penuh panca roba.

Sebelum mengikat CINTA denganmu,
Moleklah mengenali hati dan budi dirimu,
Semoga Cinta yang indah dan suci seperti SUSU,
Tidak menjadi keruh lagi bermusuh seperti TOYU(kicap),

Tidak guna CINTA setinggi gunung,
Andai penghayatannya seperti gedung yang kosong,
Biarlah bercinta seperti orang kampung,
Kerna warisan adat, agama dan jiwa masayarakat yang teragung disanjung.

Maafkan aku jika hatimu terluka,
Dek kata-kata fitnah, ghibah dan yang mengguris jiwa,
Tiada niat aku membuat itu semua,
Ini kerna lumrah manusia yang hidup di dunia hanya sementara.

Apa yang aku rasa AKU coretkan dengan Kata-kata,
Apa yang aku pendam AKU luahkan supaya kau dapat penghayatan darinya,
Semoga Aku dan Engkau dirahmati oleh TUHAN sang pencipta,
MEnjadi tanda UKHWAH Aku, Engkau dan Dia.

sekian saja coretan ku...

Buah delima dipohon yang tinggi,
Menjadi perhiasan taman bidadari,
Diharapkan Aku meneruskan mengarang SENI,
Agar manfatnya menyuluh sepelosok BUMI.

Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Memohon maaf andai menguris Hati,
Semoga kemaafan dan pendapat yang kau beri akan menjadi IDEA teragung.

Selasa, 1 November 2011

Suksis UTM Dan Aku



Gambar diatas ni masa Majlis Penutupan STARIA Kolej Tuanku Canselor UTM...
ni aku dengan dak2 suksis... mereka mmg terbaek lah.. senang citer hidup dalam SUKSIS UTM neh dah macam 1 keluarga dah tambah pula duduk 1 kolej dngan diorang.. tapi kesian gak kat diorang jauh jer dengan classmate... nak wat discussion pun susah;.. apa2 pun biasakan diri anda di kolej KTC neh yer :-)... msa majlis penutupan neh kami yg dalam gambar sebelah neh bertindak/diberi tugas untuk GIMIK perasmian... so gementar gak aku... apa2 pon majlis dah selesai.. jadi bnyak pengalaman aku dapat n timba masa majlis tuh... KERJASAMA antara AHLI SUKSIS UTM juga daa dpt dilihat masa program tuh



Yang ni gambar aku.... aku baru jer lepas kasi GLOBE untuk perasmian tuh dekat pengetua kolej iaitu DR YB (DR YAHYA BUNTAT).. aku berdiri atas tuh kejap jer tapi gementar tuh tak bleh nak dikra... takut hahaha tapi kena wat muka konfident kalau tak org tahu aku tak konfident atas pentas tuh :-) redah jer hehehe


Ni Ahmed Fawzi Ahmed Kamal atau nama panggilan POJIE... masa neh mcm mana ntah tetiba block kami menetap tuh menang blok terbaek keseluruhan... dengan pantasnya dia terus ke PENTAS untuk amik trophy yg besar tuh.. hahha bangga gak ar sebab menang blok terbaek di KTC :-) tapi lawak gak mcm mana bleh menang hehehe











JiWA UTM... bila lagu KEUNGGULAN TERBILANG di nyanyikan... mcm neh lah gaya nya.. tangan kanan ke dada sebelah kiri... Tgok betapa semangatnya SUKSIS UTM menyanyikan lagu UTM... semangat!!! neh lah kita nak... bukan takat akademik jer kita perform tapi kokurikulum atau yg tak der blajar dlm bilik kuliah kena dititik beratkan juga... leh tingkatkan keyakinan diri dan softskill... betol tak??? hehe


Ni gambar SUKSIS yang terlibat masa malam tuh dan diberi peluang bergambar dengan PEngetua kolej dan ajk2 yang melaksanakan majlis penutupan STARIA...



sebelum balik... dapat makan free dengan PENGETUA KOLEJ :-) SEDAP2.. thankz to AJK STARIA and pihak yang terlibat :-) syang KTC


SUKSIS UTM TERBAEKK :-)

Rabu, 12 Oktober 2011

aKu DaN PeRuBaHaN


Sahabat yang berdiri antra AIMAN dan RAFI... baju biru tengah2 tuh :-)


ADIK-ADIK KU DI SMK SRI LALANG.. ANDA TERBAEKKK GOOD LUCK UNTUK EXAM 17/10/2011 nanti... semoga kejayaan anda menjadi harapan dan kebanggaan ibubapa anda.. guru2 dan fasi2.... good luck... :-)
SAYA akan ingat perkataan neh.... SMK SRI LALANG>...... JAWABNYA.... TERBAEKKKKKK!



Ni Sahabat nak cerita pasal "First Time" sahabat menjadi "KETUA FASI" masa program ANJAKAN PARADIGMA anjuran KELAB SMART CAMP Kolej Tuanku Canselor bersama SMK Sri Lalang pada 7 hingga 9 hb 10 2011.... Memang masa induksi di UTM pun sahabat agak gementar... al makhlum kali pertama kena conduct 1 team fasi... sebelum ni jadi fasi jer.... agak terkejut lah apabila seorang dari sahabat saya merangkap pengarah program syameem.... tu gambar sahabat saya... macho bukan??? yang memilih saya menjadi ketua fasi...dari bantuan nya yg memilih saya sebagai ketua fasi kini sahabat dah banyak berubah... banyak benda yang sahabat belajar dari Pengalaman pertama kali jadi KETUA FASI.... thankz SYAMIM.... " AKU DAN PERUBAHAN "



Gambar di sebelah neh plak antara fasi2 yang terlibat..... tapi sahabat nak fokus dekat Kumbang di tengah2 tuh.... sahabat respect lah kat dia neh.... (JohN),... kenapa?? tak pernah lekang dengan kameranya.... terbaek lah.... merata tempat dia merantau mengambil gambar dan telah berjaya menghasilkan montaj yang terbaekkk --- banyak gambar dia amik.... JOHN kalau ko baca blog sahabat neh... tlg BURN kan gambar2 n Montaj dalam DVD then t sahabat bayar ok??? set.... hahaa.... kalau free pun ok gak Kih3... \(^_^)/... kalau nak tgok montaj yg di buat dari JOHN neh... ni link dia..
http://www.youtube.com/watch?v=r3Z5y5Oi65s


Yang gambar sebelah kanan neh... aku ingatakan sapa lah... banyak kali aku terserempak masa g melawat kelas2 ke kelas beri info.... last2 rupanya pelajar juga hehe.... kalau nak tahu neh lah 2 org adik fasi FAIZAL... sejam lebih juga lah Faizal wat LDK ngan diorang neh hehehe --- opssss sorry faizal tercerita plak hehehe so malas nak padam hahahhaa :-) ---- TERBAEKKKK -----

pengalam menjadi KETUA FASI memang best.... nak jadi lagi lah ketua fasi... Ceyyyyy yer2 ja hahahha


Terima kasih juga kepada fasi2 yang membantu sahabat sepanjang program berlangsung... terima kasih kepada pengarah Smart Camp - Faizal Nordin... banyak membantu sepanjang program... kepada zulik, hadi dan pihak yang terlibat secara langsung atau tak... terima kasih banyak2.... anda memberi sinar harapan dan kini ingin aku katakan "AKU DAN PERUBAHAN"
akhir kata dari saya.. ok inilah akhir kata saya.. assalamualaikum dan salam sejahtera... :-)
terima kasih juga kepada Ustaz Alias (warden asrama SMK Sri Lalang- banyak minta maaf walaupun tak wat salah... terima kasih atas layanan anda... TERBAEKKK)... terima kasih juga kepada cikgu azan dan cikgu2 yang terlibat sepanjang program....
nanti ada masa lagi SAHABAT update lagi eaaaa haha baca lah apa yang ada.... AKU DAN PERUBAHAN 2 akan menyusul :-)



ANTARA GELAGAT FASII


Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Kembali lagi..

FADHILAH PUASA

sumber dari http://merayakanmaulid.wordpress.com/2009/08/page/12/

* Umar ibnul Khathab r.a. berkata, “Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)

* Imam Al Ghazali berkata, “Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

TINGKATAN PUASA

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjagi tiga, yaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.

Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah yaitu menahan dari makan, minum dan jima’. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala pikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

Puasa level ketiga tadi adalah puasanya para nabi-nabi, shiddiqin, dan muqarrabin. Sedangkan puasa level kedua adalah puasanya orang-orang salih – puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

Selanjutnya imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu. Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa meninggalkan pandangan karena takut kepada Allah, niscaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.

Kedua menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Alquran. “Dua perkara merusakkan puasa,” sabda Rasulullah SAW, “Yaitu mengumpat dan berbohong.”

Ketika, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, karena tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa. Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja’), karena tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

FADHILAH SHOLAT TARAWIH

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2:

Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:

Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4:

Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam 7:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10:

Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam 11:

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12:

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14:

Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam 16:

Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:

Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18:

Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19:

Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22:

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:

Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:

Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27:

Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29:

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Sumber : http://rifqi24.multiply.com/journal/item/132/Marhaban_ya_Syahrul_Ummah_Muhammad_Marhaban_Ya_Ramadhan….

SOLAT SUNAT TARAWIH: HIKMAH DAN CARA

Posted on July 31, 2011
dari http://www.arabmykrk.com/artikel/solat-sunat-tarawih-hikmah-dan-cara.html

Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).

Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.
HlKMAH

Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.

Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)

Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.
CARA

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat.(4) Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).(5)

Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.(6) Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.

Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,(7) sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.(8)

Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan (9), keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.

Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)(10).

Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Nota:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)(11)
Lafaz niat:

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)(12)
Nota

(1) Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
(2) Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat NailulAutar, Juz 3, hlm 50.
(3) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 251; al-Jami’ al-Sahih, Juz 2, hlm 176; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
(4) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
(5) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(6) Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
(7) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
(8) al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
(9) Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
(10) Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
(11) Quran, surah al-Ma’un (107), ayat 6.
(12) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.
Rujukan:

1. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd. m.s 37-41
2. Ad-Diyari.com

Ahad, 15 Mei 2011

SAJAK WAT GURU

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
...Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG



dituju khas wat Pn Zainiah, Pn Salwa Muhamad, Nor Azila Kamarulzaman ,Alissa Chua, Ayu Muhd ,Azhar Mohd Noor, Basharah Husin, Che Embut Abdullah, Cikgu Non Changlun, Cikgu Yatt Z, Fahrizal Mohd Abdoh ,Hanim Abdul Hamid ,Hasida Binti Mohammed,Khairun Wahidah Mohd Khir, Mohd Ayub Daud Khan, Mohd Israr Hassan ,Mohd Mansor Abdul Wahab ,Muhamad Hishamudin Hashim, Najmin Binti Ghazali, Nik Sharina Nik Mahzum ,Norihah Md Zin Noriza Hamzah,Nur Aisyah Topstar Abdullah, Ridzuan Hashiim, Rohanah Bt Sulaiman Rosmariani Bt Morad,Roziah Ahmad ,Ruby Awang,Salmah Binti Zain, Sharipah Smkc, Sharon Taty Mokhtar, Siti Fatimah Siti Khalijah, Syahrizat Salleh, ‎Zamzalina Mohd Jamal
dan wat smua guru2 di Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara (SKDWK),Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC),Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMT SPPP)

PESANAN RINGKAS

♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
...♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥
ƸӜƷ¸¸.•¨¯` ~PESANAN~ ¸¸.•¨¯`• ƸӜƷ
♥✿✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿✿ ♥
♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥

•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥
Firman Allah: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (An-Nur:31)

''Wahai anak cucu adam! Sesungguhnya kami telah mnyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi,pakaian takwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat. (QS Al-A'raf:26)
•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥

Khamis, 5 Mei 2011

myMetro | Bagaimana menukar masa menjadi emas?

myMetro | Bagaimana menukar masa menjadi emas?

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SOLAT adalah institusi yang agung dalam memberi pendidikan kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Antaranya solat melatih serta mendidik seseorang itu supaya menjadi tidak malas dan tidak membuang masa.

Apakah fungsi solat kepada kehidupan manusia? Allah berfirman yang bermaksud: Tidaklah kamu tahu bahawasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nuur ayat 41).

Bermakna solat bukan hanya dilakukan oleh manusia semata-mata, malah semua apa yang ada di langit dan di bumi tahu cara solat masing-masing.

Menjelang siang, muazzin mengingatkan kita masa tidur sudah berlalu. Siang bukannya waktu untuk tidur lagi sebaliknya waktu untuk membina dunia.


Laungan marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.' Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi. Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, `marilah solat' Zuhur.


Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa. Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan `marilah solat', malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara `marilah solat' datang lagi.

Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, 'masa adalah wang dan masa bergerak laju seperti anak panah'. Ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi wang. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.

Apabila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.

Menggunakan masa dengan cepat bermakna jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu perkara. Peluang kadangkala hanya datang sekali.

Kita ada tiga masa saja iaitu masa lalu sebagai pengalaman, kita ada masa sekarang dan kita ada masa depan atau hari akhirat. Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan.

Apabila kita lambat bertindak, kita pasti akan menyesal. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul.

Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung.

Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: "Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmu tempat kamu berharap."

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah.

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan.

Jaminan Allah, berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang yang khusyuk mereka belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat berkenaan.

Justeru, lakukan solat dengan penuh khusyuk yang bermula daripada pelaksanaan yang sempurna, memahami pergerakan dalam solat, memahami ayat dan zikir yang dibaca, bersolat di awal waktu, bersolat secara berjemaah serta pastikan tempat solat dan pakaian bersih daripada sebarang najis.

Ahad, 17 April 2011

^^

Dah lama aku tak tgok blog aku haha,..,. dah lupa mcm mana nak edit hehe