Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh terfikir nak mengarang semua ini... mungkin apa yang aku karang atau coretkan ini mengguris jiwa atau perasaan sesiapa aku menyusun 10 jari memohon maaf dari mu. Mungkin sudah tiba masanya aku mencari seseorang yang boleh mengubat hati yang luka, memberi cinta dan kegembiraan dunia, memberi sinar yang menghijau kepada ku setiap hari, mungkin ini seruan Illahi... aku pun tak pasti... sebeb aku masih belajar lagi, di johor universiti yang disanjungi dan disekat dek falsafah diri ("never fall in love to someone until im finish my degree")bacalah coretan ku ini
Aku Engkau dan Dia
Sang mentari menyinari,
Sang pelangi mewarnai,
Hidup didunia tidak akan beerti,
Jika tidak mendapat kerehaan dari Illahi.
Tidak guna 2 hati menjadi SATU,
Jika akhirnya menjadi tidak menentu,
Nak salahkan dia ataupun aku?,
Fikir-fikirkan apa yang terbaik untukmu.
Apa guna mengungkap kata CINTA?
Andai 2 hati akan terluka,
Apa guna mengikat CINTA?
Andai akhirnya tidak hidup bersama.
Tiada guna mencintaimu TUJUH hari seminggu,
andai semua itu janji palsu,
Biar aku mencintai Allah yang satu,
Daripada mendapat Cinta palsu dari diri MU.
Aku bukanlah yang terbaik untukmu,
Namun aku mencuba menjadi payung yang memayungi dirimu,
Aku bukanlah kaya darimu,
Namun aku akan berusaha menjaga dirimu.
Hujan gerimis di pagi hari,
Membawa kerahmatan dari Illahi,
Biar menjadi insan berbudi tinggi,
Agar disayangi oleh pencipta diri yakni Illahi.
Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat jualah tempat tumpangan selama-lamanya,
Walaupun mengenali dirimu hanya seketika,
Sudah cukup memberi kegembiraan di dunia yang fana dan penuh panca roba.
Sebelum mengikat CINTA denganmu,
Moleklah mengenali hati dan budi dirimu,
Semoga Cinta yang indah dan suci seperti SUSU,
Tidak menjadi keruh lagi bermusuh seperti TOYU(kicap),
Tidak guna CINTA setinggi gunung,
Andai penghayatannya seperti gedung yang kosong,
Biarlah bercinta seperti orang kampung,
Kerna warisan adat, agama dan jiwa masayarakat yang teragung disanjung.
Maafkan aku jika hatimu terluka,
Dek kata-kata fitnah, ghibah dan yang mengguris jiwa,
Tiada niat aku membuat itu semua,
Ini kerna lumrah manusia yang hidup di dunia hanya sementara.
Apa yang aku rasa AKU coretkan dengan Kata-kata,
Apa yang aku pendam AKU luahkan supaya kau dapat penghayatan darinya,
Semoga Aku dan Engkau dirahmati oleh TUHAN sang pencipta,
MEnjadi tanda UKHWAH Aku, Engkau dan Dia.
sekian saja coretan ku...
Buah delima dipohon yang tinggi,
Menjadi perhiasan taman bidadari,
Diharapkan Aku meneruskan mengarang SENI,
Agar manfatnya menyuluh sepelosok BUMI.
Dua Tiga Kucing Berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Memohon maaf andai menguris Hati,
Semoga kemaafan dan pendapat yang kau beri akan menjadi IDEA teragung.
Khamis, 15 Disember 2011
Aku Engkau dan Dia
Posted by Simple Boyz Alwayz at 4:05 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan