Semalam 23/3/2013 adalah hari perkahwinan staff kor suksis UTM iaitu kak AzRin... so jemputan neh dapat dah lebih kurang 2 minggu awal masa ni jurulatih aku cik elham dan cik azlinah bagi tahu.... apa2 pun tahniah kepada kak azrin dan kenduri semalam sanagat meriah... Aku pun sbnarnya 50-50 nak g ker tak majlis perkahwinan kak azrin nih.... sbb jumaat 22/3 tuh syamir ada msg aku... abg fit nak tak join kami untuk program FZ2H kita ada wat barbeQ pada 23/3... huh barbeQ... malam tuh(22/3) pun aku berbarbeque bersama dgn budak2 course aku dkt tasik pk utm... pada masa yang sama pengarah program kem kepimpinan pengawas seta pun ada ajak join program makan2 bersama ajk dan fasi2 dkt umah kak ain pada 23/3 malam... so aku pun pikir banyak kali mana aku nak g.. 3 program pada 1 masa... nak kata aku aktif tak juga... maybe rezeki lebih kot tuh yang dpt banyak jemputan.... last2 aku decide aku g keluang untuk majlis perkahwinan kak azrin bersama2 rakan2 suksis utm..
pagi sabtu tuh ada latihan suksis... habis je sahabat2 tanya ok sapa yang nak pergi hari neh... aku pun join skali... kami g menaiki 2 buah keta dan 1 buah van yang dipinjamkan oleh jurulatih skuad junior iaitu cik musa.. terima kasih sebab pinjam kan van cik musa ^^... naik van yang paling menarik... ada satu tempat tuh bunyi mcm tanyar meletup.. pergh apasal ni... tegok punya tengok rupanya tanyar dah terkopek dah... alhamdulillah selamat smpai ke rumah pengantin...
so semalam lebih kurang jam 12.30 bertolak dari utm ke keluang... sampai sana dah kul 2.30 ptg dah sbb ikut jalan belakang.... melalui kulaijaya, seledang dan lain2.. kenduri nak diceritakan sanagt meriah... selalunya sebut je kenduri nasi minyak... tapi kali ni kami makan nasi ayam... nyum2 sangat sedap hehe... kalau boleh tapau dah lama tapau haha... ramai jurulatih yang hadir berkonvoi beramai2 ke majlis tuh...
habis je makan dan beredar kami singgah di masjid berdekatan jalan orkid tuh... selesai solat smua... aku, hakim, daus, fazreen dan taufiq kami bergerak g kem asahan untuk tgok tempat tuh... kem asahan sangat menarik... aku jatuh hati dgn kem tuh... tempat nya kecil tapi sangat lawa.... kalau sapa pergi sana pasti teringin nak duduk sana... dalam perjalanan nak g sana tuh hujan lebat... ada la 3 kemalanagn yang berlaku depan mata.... akhrnya smpai kami di tangkak... masa masuk tol tangkak tuh minyak kereta dah berkelip2 dah... apa2pun kami gagahkan jua untuk smpai ke kem asahan tuh... 6.30 kami smpai sana... so mula la operasi menangkap gambar kawasan yang cantik tuh dan aktiviti apa yang boleh dilakukan... ala wat survey kalau ada program bleh wat sana... harga pun berpatutan... pukul 7 gitu cik elham sampai dgn family dia... kami pun cuba melawat bilik... perghh menarik bilik dia... sangat2 cantik... pemandangan yang indah ciptaan illahi... teruja aku seketika...
pukul 8 malam kami bertolak ke melaka... jalan jauh juga nak kena pekan jasin semata2 nak isi minak hahah... kalau tak isi nih mmg sah2 tak smai melaka... tahu kenapa kami ke bandar melaka???? sebab masa dekat masjid tuh pemandu van dan kereta diorang bercadang nak g melaka.... ramai penumpang yang dalam tuh fikir pemandu2 neh main2 je.. last2 sampai ke melaka... haha sampai ada yang update Fb kata kami diculik oleh polis wkakaka.... semua sekali yang pergi melaka semalam ialah 17 orang... dari 17 orang tuh ada seorang pelatih junior iaitu NANA... dia pun tersangkut sekali ke melaka hahah maaf yeahh....
dekat melaka tak banyak tempat kami pergi sbb perjalanan aku, daus, hakim, fazreen dan taufik mengambil masa yang agak lama juga.. sbb kluar dari asahan kami melalui jasin dan seterusnya bukit katil dan bandar melaka... 9.15 baru kami bertemu dengan kumpulan van tadi di dataran pahlawan... sempat lagi bergambar disana... tapi lupa plak masing2 dah lapar... jadi kami pun wat rancangan makan ikan bakar... siakap 5 ekor, sotong 2 kilo... udang 2 kilo dan lain2... sangat sedap haha rugi lah sapa yang tak ikut.... tak gitu?? ^^ harap yang ikut ke melaka tuh tak rasa rugi lah... sbb skuad senior bagi aku sgt terbaik ^^ dah macam 1 family 1 suksis dah bak kata ezy dalam timeline FB dia hahah
selesai makan dalam pukul 12 malam gitu.... nak balik ke utm terus... takut kena tahan dgn pak guard.... jadi kami berhenti skjap di masjid MITC dan dataran apa ntah lupa dah nama dia.... dalam kul 1 bertolak balik ke utm... dalam perjalanan tuh mcm2 berlaku lah... tapi malas nak cerita... kata kawan2 aku skuad senior yang ikut tuh... jangan risau balik ni dari melaka kta ada 7 perhentian haha... padal kami berhenti 2 perhentian je... pagoh dengan machap ^^...
alhamdulillah sampai ke utm pukul 5 pagi dengan selamatnya... diharap dapat lagi bersama2 dengan anda semua .... yang mana tak dpt join tuh maaf lah... perancangan last minit yang membawa kami ke melaka beramai2 iaitu seramai 17 orang ^^... swift viva van jasamu dikenang.... ^^ pengalaman bersama anda semua tak dapat dilupakan.... jumpa lagi ^^ ayuh sama2 bangunkan suksis utm dan hidup seperti sebuah keluarga sebagaimana kita alami semalam.... Hapy with all of u ^^
tu saja cerita aku... kalau ada salah dan silap sepanjang perjalanan ke kenduri kak azrin dan melaka mohon berjuta kemaafan atas 1 kesalahan yang dilakukan... tahniah pemandu anda memandu dengan baik dan semua selamat sampai... Daus, mazuan, taufik, hakim, haikal dan akmal.... pemanduan anda sangat baik ^^
so sahabat2 di KLM dan SC harap anda mengerti kenapa tak dpt join program anda semua :-) bukan sengaja tapi ini je masa yang ada untuk aku bersama2 dengan skuad suksis aku ^^ lain kali in syaa allah aku akan join apa jua invitation yang ada tapi kena tunggu jawatan aku habis dulu lah ^^.... kalau amanah yang aku pikul slama ni sbgai presiden kor suksis dan ahli aktif kelab klm dan sc belum tertunai... harap dimaafkan dan beri aku dorongan dan bantuan agar amanah yang dipikul dpat dilaksana secara adil... terima kasih semua...
kalau ada sumur diladang boleh hamba menunmpang mandi,
kalau ada program yang akan datang jangan lupa menjemput saya yang hina ini..
assalamualaikum dan salam sejahtera :-)
Ahad, 24 Mac 2013
Suksis dan Aku...
Posted by Simple Boyz Alwayz at 4:20 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan