Esok 16 MEI 2013 merupakan tarikh keramat bagi mengenang segala jasa dan pengorbanan insan bernama GURU atau lebih mesra dengan panggilan CIKGU...setiap hari terkenang insan2 yang banyak berjasa kepada aku sejak aku tadika smpai la ke sekolah menengah... bila sebut je pasal hari guru neh membawa kepada 1001 kenangan aku bila bersama guru...
*imbau kenangan :-)
- Tadika Kemas Taman Meranti
- aku masih teringat (~tarikh tak ingat la weh hehe) dimana masa tuh aku tak fokus almakhlum budak2 mana nak fokus belajar... sekali cikgu tadika aku panggil... " Fitri sembang eh.... dengar kata kamu nih pandai nyanyi lagu raihan... tak kesah lah lagu apa2..." kata cikgu tadika aku... so aku neh dah la pemalu hahaha pemalu gitu... g lah depan dgn kumpulan2 member aku yang bersembang tuh (kena denda katakan)... nyanyi lah lagu Raihan... sekali lupa lirik so berulang2 lah lirik lagu yang sama hahaa malu je...
- pengajaran yang aku dapat.. senakal2 mana pun kita.... sebanyak mana pun ragam kita... cikgu2 kita akan tetap berusaha untuk membuatkan kita fokus dan jarang sekali tidak mengambil berat walaupun banyak karenah dan kesusahan yang kta timbulkan kepada cikgu kita..
- Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara
- masa darjah 2 kalau tak silap aku... ada seorang cikgu neh penyelia petang.. nama dia cikgu Nazir.... sentiasa dengan pembaris (roti panjang kami panggil pembaris masa tuh).. kami masa tuh asyik kena rotan sebab apa?? sebab binatang inilah hehehe... setiap kali waktu rehat g dekat pagar sekolah tangkap menda neh... nama dia Lady bird(rare neh) kami panggil dia kura-kura emas... sangat cantik hehe bleh wat bisnees neh mesti kaya... Sebab rotan tuh lah mengajar kami supaya jangan membuang masa dan menganayai haiwan :-) terima kasih cikgu...
- masa darjah 4 aku jadi pengawas sekolah.. cikgu haziana abd hamid lah yang bagi nama untuk pelantikkan tuh... terima kasih cikgu dengan pelantikkan tuh walaupun sya neh pemalu tetapi ia mengajar saya untuk menjadi seorang ketua.... mengajar saya untuk berdisiplin dan aling penting mengajar saya untuk berdiri di atas kaki sendiri (BERDIKARI)...
- kepada cikgu2 yang banyak berjasa kepada saya... cikgu jamil... cikgu mat rani... cikgu noriza hamzah... teacher azarian binti che din, teacher hashimah. sir malek... ustazah umaimunah... ustazah ubaizah... cikgu yong... cikgu normala.... cikgu baizura..cikgu ruslina.. cikgu asiah..cikgu wahid.. cikgu faisol.. cikgu haspida (cikgu pengawas).. dan lain2 cikgu terima kasih.... jasa kalian saya hargai.... semoga usaha murni mendidik anak bangsa dibalas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat..
- SMK CHANGLUN
- dekat sekolah changlun neh tak banyak kenangan sbb time neh bukan malas tapi komitmen terhadap belajar dan ke sekolah tuh agak kurang hehe keja ponteng sekolah je... sbb apa.. sbb berkubang dalam sawah ikut tractor n tangkap ikan hehe... tapi masa dkt sekolah neh teringat lagi cikgu mokhtar penyelia petang... setiapkali lepas exam ja dia check prestasi pelajar... nanti dia bagi nasihat lah :-)
- cikgu hasnah hassan saya sangat suka cara dia mengajar sbb apa... bila tak siap kerja sekolah perut kena cubit.... telinga kena tarik.... sebab tuh dari segi komsas dan sastera aku sangat minat bermula disini hehee... teacher nordiana pun tidak kurang hebatnya....banyak bagi nasihat... mengajar BI sanagt mudah faham... kalau aku ajar sah2 semua org tak faham hehe cikgu khairul wahida masa neh mengajar aku subjek sejarah.... form 4 mengajar aku subjek tassawur islam... kalau tak siap kerja... buku terbang kot... pastu kena beleter :-) dengan leteran cikgu ia membuatkan saya lebih fokus dan sentiasa berusaha untuk siapkan kerja sekolah...
- cikgu non pun tidak kurang hebatnya... mengajar matematik dengan teknik mengajar sendiri... memudahkan kita untuk faham matematik... betul kata kajian bahawa orang asia mahir dalam matematik dan kurang kepada konsep/fakta... tapi cikgu non neh lain... sangat teliti mengajar... penyampaian jelas... cikgu ridzuan pun best juga ajar math... :-) ramai lagi cikgu2 yang memberi dorongan dan bantuan dalam perjalanan hidup seorang pelajar neh... jasa anda cikgu di SMKC sangat2 saya hargai.. kerana guru ialah pewaris bangsa.... dia juga pembentuk anak bangsa... terima kasih cikgu..
- SMT SEBERANG PERAI PULAU PINANG
- ok sebelum aku masuk smt sppp neh... aku nak ucapkan terima kasih dekat ayah aku sbb dia berusaha keras pergi sekolah smk changlun uruskan perihal berhenti sekolah... urusan yuran dan sebagainya.. terima kasih mak dan abah.... (15 mei ialah birthday mak aku hehe tapi tak dapat nak raikan almakhlum aku sanagt jauh dari sisi dia...) ...
- ok berbalik kepada smt neh.. banyak kenangan aku disni bersama rakan2 dan cikgu2... dekat sini sistem dia sangat berbeza.... membuatkan aku elbih fokus untuk belajar... tahap kemalasan aku semasa tadika sampai la ke tingkatan 3 berkurang lepas aku masuk skolah neh... entah kenapa timbul 1 sikap tanggungjawab/keperihatinan tentang budaya ILMU... Inspirasi keazaman iltizam moto sekolah neh.. ia membuatkan aku lebih bermotivasi...
- cikgu2 yang mengajar sangat sempoi dan sporting melayan karenah kami yang nakal2 neh walaupun aku neh pemalu hahaha...tapi teringat lagi masa sekolah dulu... cikgu fizik aku(cikgu anis)... waktu belajar tuh kalau tak siap kerja sekolah free je beljar sambil menchangkung 2 jam... habis kena denda je komform2 jalan mcam angkasawan. hehe tapi denda tuh membuatkan aku jatuh hati pada Subjek FIZIK... bagi aku subjek fizik neh sangat menarik nak akta senang tak juga... nak kata susah tak juga... tapi sebab minat aku terus tekad belajar walaupun kadang2 menemui jalan buntu... cikgu anis n cikgu ayub banyak mmbantu... terima kasih cikgu...
- satu lagi aku teringat asal cikgu addmath aku ialatu puan salwa :-)... banyak memberi tunjuk ajar dan membuatkan semnagat aku untuk belajar addmath bertambah tinggi... mudah aku faham... teringat 1 masa tuh aku careless masa jawab exam salah pun benda senang2 je... apa cikgu salwa cakap... "fitri awak neh careless lah... benda senang pun tak bleh nak wat... nak saya denda kamu lari 2 pusingan pdang sekolah?" lepas pada tuh 1 + 1 pun aku tekan calculator hehee.. 1 lagi perkara aku ingat... masa neh tak siap kerja sekolah... kena lah g kelas tingkatan 4 kos Elektrik... masuk kelas beratur ramai2... cakap " adik2 jangan tiru macm kami... kami malas kami tak siapkan kerja sekolah"... denda mcm tuh walaupun kita rasa malu tapi bagi aku dia sangat bermotivasi kerana apa? kerana ia mengajar kita supaya tidak sambil lewa buat sesuatu perkara.... fikir apa akan berlaku kalau kita wat sesuautu... terima kasih cikgu salwa untuk A1 add math :-)
- cikgu BM puan zaniah dan cikgu BI teacher Azila banyak jga mmbantu... dalam perjalanan menghadapi SPM banyak bantuan diberikan... banyak tunjuk ajar dan tips2 diberikan tapi sikap malas menyebabkan subjek BM neh kadang2 tak ramai orang dapat A... tapi cikgu zainiah sangat sabar orang nya... dan banyak memberi ganjaran kalau kita melakukan kebaikan... tidak lupa juga teacher azila... ingat lagi masa program mohon restu... " kenapa awak tak jumpa saya? saya tak maafkan awak.. kalau nak maafkan... mohon maaf sekarang... awak banyak wat salah dgn saya" itu kata teacher azila... masa neh dah dekat2 spm.. baru la aku rajin pergi bilik dia untuk baca beberapa petikan karangan BI untuk persediaan hadapi SPM.. sepatutnya awal lagi aku kena jumpa teacher tapi sbb aku neh tak brapa rajin dan ambil sikap smbil lewa tuh la jadinya... maaf teacher...
- ...cikgu zam, cikgu ayu, cikgu amran,cikgu rohaizad, cikgu zaki, cikgu ahmad zoon,..cikgu haslina, ustaz hishamudin, dan warden2 serta semua guru2 di smtsppp yang banyak membantu juga.. terima kasih kepada cikgu2... nak cakap banyak lagi tapi masa terhad :-) nanti ada masa lagi saya cerita pengorbanan cikgu2 ... apa2pun cikgu2 di SMTSPPP sanagt terbaik dan patut diberikan balasan yang baik...
- Itu sahaja cerita saya pengorbanan cikgu2 saya dalam membentuk saya yang malas neh... terima kasih cikgu... saya mohon cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu berikan... mana2 nama guru yang saya tak sebutkan dalam neh bukan bermakna saya tak ingat cikgu tetapi cikgu sentiasa dalam kenangan saya... so saya mohon maaf banyak2 sepanjang perjalanan cikgu mendidik saya... banyak salah saya lakukan... maaf dipinta... semoga segala usaha murni cikgu mendapat kebaikkan dan balasan yang baik di dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t in syaa allah... kawan2/ siapa2 yang baca entri neh tolonglah hargai jasa guru kita... sejahat2 mana pun meraka pada pandangan kita.. mereka sangat baik disisi Allah... saya harap agar kementerian memulangkan semula rotan yang telah lama disimpan bagi mmbentuk peribadi pelajar... cikgu tak akan salah menggunakan kuasa selagi mana tiada kesalahan yang dilakukan oleh pelajar... betul kekerasa bukan cara terbaik untuk mendidik... tapi ramai2 yang berjaya hari neh bermula dengan penawar yang bernama ROTAN..... jadi saya tinggalkan dengansatu sajak buat guru:
SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
* lagu yang menjadi cover blog ini ialah dari sahabt saya IDRIS....
0 comments:
Catat Ulasan