Assalamualaikum dan salam sejahtera... saja je menulis blog neh sekadar untuk berkongsi cerita ;-)
apa yang berlaku sebenarnya? sehingga terdetik diruang fikiran untuk menambah post blog terbaru mengenai kem di asahan melaka? apa yang specialnya? ok bagi yang tak pergi kem disebabkan hal2 tertentu sila la baca entri neh supaya dan merasai sendiri samada kem neh best atau tak? beri manfaat ke tak? :-)
Geng Asam Jawa berjaya mendapat tempat ke 2 :-) terbaek
ahli kumpulan asam jawa (wanita)
17 Mei 2013 - aku terlepas peluang untuk bersama ahli2 kor suksis yang lain untuk aktiviti jungle tracking dan solo drop. yang best tuh bila tgok gambar perhentian terakhir bagi jungle tracking ialah air terjun... wau air terjun tuh... best je tgok diorang tapi apa kan daya sapa suruh tak datang pagi hehehe... bas aku bertolak dari utm jam 6.30 petang dan smpai ke melaka(kem asahan) lebih kurang jam 9 malam gitu lah.. sampai je sana makan2 then terus jadi sentri sbb apa? sbb yang lain akan teruskan aktiviti solo drop so kami yg lewat neh ada setengah yang sempat join... bagi aku sbb aku dah biasa dengan aktiviti solo drop neh so tak kesah sangat... jadi sentri sama je mcm solo drop... rasanya lah heheheh... habis cerita setakat hari neh... almakhlum datang lewat takde la kenangan manis tercipta disini...
18 Mei 2013 - apa yang ada pada hari sabtu 18 hb neh? mcm biasa lah aktiviti sangat menarik... repelling & flying fox atau bahasa melayunya musang terbang hehe... tapi kali neh berbeza dari kem2 yang lain... sebab tempatnya sangat tinggi... ramai yang berani ada juga yang takut tinggi... sampai flying fox sekali turun 2 orang hahaha takut gamaknya tapi atleast yang takut tuh berani mencuba kan :-) kira2 jam 12.40 habis aktiviti neh dan makan... bab makan neh tak yah cerita lah... sangat sedap makanan dkt sana... sapa tak g rugi lah weeeee hehe :-) lepas tuh kul 2 diteruskan lagi dengan aktiviti air... kali neh kami diajar untuk membuat rakit. aku belajar dulu wat rakit masa dekat PLKN.. so untuk kali neh aku diamkan diri je wat2 mcm tak tahu sbb kata org pengalaman berbeza di lain2 tempat :-) ni lah rupa rakit tuh cantik tak hehe so sapa yang join neh dulu tak pernah wat rakit at least dapat ilmu baru mcm mana nak wat rakit yer :-) kami juga diajar isyarat2 yang digunakan waktu berakit antaranya isyarat kecemasan, isyarat berkumpul, isyarat maju ke kiri dan kanan, isyarat maju kehadapan, isyat kedarat jika petir berlaku dan sebagainya.
Selepas selesai wat rakit mcm biasa akan dimulakan dengan water confident... so stiap peserta merasai sendiri pengalaman berada didalam air... samada pandai berenang atau tak pndai mesti kena wat water confident neh... sbb apa? sbb sepandai2 mana pun kita dalam beberapa perkara... pasal air jgn main2 kang lemas free je :-) yang best ada yang cakap saya takut air... tapi lpas wat water confident tgok dia yang lebih2 plak hahah tadi cakap tak berani dalam air sekali dapat peluang masuk air smpai tak nak naik ke darat dah hehe..
Lepas wat water confident tiba masa untuk menguji rakit yang dah dibuat tadi.. ini lah hasilnya... melalui kativiti rakit neh bukan stakat dapat pengalaman berakit... malah kami turut memperolehi semangat kerjasama dalam berpasukan.. in..... out.... in ..... out.... in.... out... bila atas rakit tuh je kita dengar... selain tuh dapat kita lihat sendiri kehebatan Alam semulajadi ciptaan Illahi... ketenangan yang diperoehi sepanjang berada di atas rakit dikelilingi bukit bukau yang cantik dan air yang tenang... apa2pun aktiviti rakit neh sanagt menarik dan kepada yang tak berkesempatan untuk join kem neh anda rugi hehehe. selepas habis aktiviti berkayak kami pulang ke tapak khemah untuk membuat persediaan diri..
malam tuh diteruskan lagi dengan majlis penutupan program yang dihadiri oleh Timbalan komanden kor suksis utm, pegawai arjutan kor suksis utm, tuan penyelaras, pengawai latihan 1, jrulatih2 serta peserta2. pada malam tuh juga ada majlis perpisahan sarjan habibah. so untuk majlis malam tuh menu dia sangat special 1- satay, 2- lamb chop, 3- bihun goreng, 4- sup cendawan, 5- nasi goreng, 6-salad, 7-air dan banyak lagi... alhamdulillah kenyang hehe lepas habis majlis tuh mcm biasa berkumpul di tapak khemah dan diteruskan dengan lain2 perkara.
gambar hiasan :-)
19 Mei 2013 - neh hari terakhir di kem Saujana Asahan Melaka. seawal jam 8 pagi berkumpul dibahagikan kumpulan untuk meneruskan aktiviti high-rope(tali tinggi) dan kembara halangan. tgok la gambar sebelah neh... best tak dpat naik tali tinggi? hehe dkt sini kita dapat naikkan kita punya keyakinan diri... paling best dkt sini jurulatih turut mengambil bahagian untuk mencuba dan merasai sendiri tali tinggi :-) sanagt best... apa2 pun tahniah pada syazwani sbb berjaya selesaikan smua task dkt tali tnggi neh... kepada fadzli izwan jangan lupa kutip semula jantung ko yang tertinggal tuh ehhehe yang lain pun tahniah kerana berjaya laksanakan semua task yang diberikan dkt sini. habis je tali tinggi kami teruskan dengan ativiti kembara halangan. macam biasa kembara halangan neh nak uji kita punya semnagt kerjasama dan tolong menolong. tak guna kita smpai awal untuk mengejar kejayaan kalau rakan2 kita masih di belakang. biar sampai lewat asalkan semangat berpasukan dititik beratkan. ahli kumpulan aku dalam neh sanagt sporting dan sangat best, bergerak dalam 1 pasukan dan saling mmberi sokongan kepada rakan2. walaupun 1 orang tak dpt selesaikan tast kembara halangan neh.. apa2pun aku berbangga dengan mereka sbb tak serik untuk mmberi sokongan moral dan fizikal kepada dia untuk meneruskan task tuh.. terbaek team Asam Jawa :-)
Petang kul 2.30 diteruskan lagi dengan aktiviti Sukan Kreativiti. Untuk aktiviti neh ada 4 kumpulan iaitu Asam Jawa, Asam Kering, Tembikai dan Jagung. untuk sukan kreativiti neh diambil masa untuk siapkan task juga dilihat aspek kerjasama dalam kumpulan. mula2 kami mulakan dengan A frame. game neh tak de lah susah cuma tuh la kalau ketua yang berada ditengah2 tidak berikan arahan yang betul so susah untuk mengawal pergerakkan. apa2 kerjasama dan ukhwah yang tercipta di A frames kekal selamanya. Selain tuh lepas aktiviti A frames ada aktiviti Grenades dan Clear serta buka gari. "bila saya cakap grenades smua kena baring kebawah, dan bila saya cakap section clear smua kena bangun" itu kata seorang jurulatih di sana... dari aktiviti neh kita jangan selalu selesa berada diatas... kadang2 kita yang selalu berada diatas neh akan berasa kurang selesa jika berada dibawah. tapi tak mengapa kerana aktiviti2 mcm neh mampu memperkuatkan emosi kita, menjadikan kita lebih fokus dan berdaya saing serta bekerja dalam 1 pasukan. dan banyak lagi aktiviti. so kesudahan aktiviti ini membawa kepada kejayaan geng ASAM... selain tuh ada permainan yang mcm gambar disebelah neh iaitu "bukan spiderweb dan tiada kena mengena dengan spider... ia dipanggil pagar elektrik" heheh so dalam aktiviti neh nampak kerjasama dan semangat berpasukan dalam kumpulan. tak kesah dia kecil, dia besar, dia tinggi, dia kurus tetap diangkat dan diusahakn untuk menyelesaikan task nih.. lagi 1 yang best yer setiap peserta dilatih untuk menjadi pemimpin.. so kalau tak dengar arahan ketua... arahan sapa lagi kita nak dengar kan... dalam sukan kreativiti + kembara halangan dimana pemenang no 1 ialah ASAM KERING, no 2 ASAM JAWA, no 3 JAGUNG dan no 4 TEMBIKAI. tahniah diucapkan kepada geng asam kerana berjaya mendominasi permainan hehe
So berakhir kem neh... saya mohon maaf kalau sepanjang kem ada salah dan silap. ada teguran yang terasa dihati, terguris dijiwa, atau terpanah dimana2. teguran tuh bukan suka2 tapi sekadar untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang lain supaya yang kurang kita baiki, yang bagus kita tingkatkan. so pengalaman bersama anda semua sangat2 bermakna. Mungkin ini kem terakhir saya bersama dengan sahabat2 di kor suksis UTM. semoga semangat bekerjasama dalam 1 kumpulan, ukhwah yang terhasil disini serta patuh arahan ketua akan terus kekal dalam fikiran anda. Simpanlah kenangan yang kita dapat dalam kem nih untuk dikongsi pada masa hadanpan. sekali lagi anda semua Terbaik... keep it up. :-)
bila main jangan main2, bila bekerja jangan main2.. ingat pesanan jurulatih disana " Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh wat? stakat kotor apa sangat sbb baju boleh dicuci betul tak?" so terima kasih semua mmberikan pengalaman yang indah di sisa2 akhir dalam kor suksis UTM skudai.. terima kasih semua :-)
Terima kasih juga kepada skuad senior yang join terutama Daus, Akmal, Ariff, Ganu, Jagung dan Atikah. maaf eh sapa yang kena buli tuh ehehhe
sesi bergambar bersama jurulatih kor suksis utm, jurulatih kem asahan melaka serta pelatih2 kor suksis utm
So berakhir kem neh... saya mohon maaf kalau sepanjang kem ada salah dan silap. ada teguran yang terasa dihati, terguris dijiwa, atau terpanah dimana2. teguran tuh bukan suka2 tapi sekadar untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang lain supaya yang kurang kita baiki, yang bagus kita tingkatkan. so pengalaman bersama anda semua sangat2 bermakna. Mungkin ini kem terakhir saya bersama dengan sahabat2 di kor suksis UTM. semoga semangat bekerjasama dalam 1 kumpulan, ukhwah yang terhasil disini serta patuh arahan ketua akan terus kekal dalam fikiran anda. Simpanlah kenangan yang kita dapat dalam kem nih untuk dikongsi pada masa hadanpan. sekali lagi anda semua Terbaik... keep it up. :-)
bila main jangan main2, bila bekerja jangan main2.. ingat pesanan jurulatih disana " Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh wat? stakat kotor apa sangat sbb baju boleh dicuci betul tak?" so terima kasih semua mmberikan pengalaman yang indah di sisa2 akhir dalam kor suksis UTM skudai.. terima kasih semua :-)
Terima kasih juga kepada skuad senior yang join terutama Daus, Akmal, Ariff, Ganu, Jagung dan Atikah. maaf eh sapa yang kena buli tuh ehehhe
3 comments:
mmg terbaek...kem nie mmg best walaupown kem nie merupakan kem pertama bagi kami....
gambar hiasan tu pntng..kerana gmbr tu kami kena mrh mlm tu..hihi..:)..tpi terima kaseh kerana menegurnya..
terbaik! thumbs up ;)
eheh terima kasih... minta maaf kalau ada salah dan silap yer :-)
Catat Ulasan