BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 13 November 2013

Qasidah Sholatun Bissalamil Mubin

Assalamulaikum.. Aku merinduimu UTM berselawat... bilakah kita kan berjumpa lagi kerna majlis ilmu seperti ini mendekatkan diri kita kepada sang pencipta... disini aku sekadar berkongsi Qasidah Sholatun Bissalamil Mubin.. Semoga dipermudahkan urusan serta mendapat keberkatan.. banyakkan berselawat keatas nabi junjungan kita dan tunjukkan yang kita ini cintakan Rasullullah kekasih Allah dan semoga mendapat syafaat nya di hari akhirat nanti. Walaupun tidak pernah bertemu, walaupun tidak pernah berbica, walaupun tidak pernah bersemuka, walaupun kita tidak pernah bersamanya, namun ingat dia telah meninggalkan 2 harta bermakna buat kita semua iaitu Al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan panduan dan peringatan. Sesungguhnya Islam itu Ad-Din iaitu cara hidup. Maka jadikan panduan dan tunjukkan yang islam itu mengajar umatnya untuk melakukan kebaikkan bukannya kejahatan.. in syaa Allah semoga hidup diberkati illahi dan sama2 kita berkongsi perkara baik serta melakukan kebaikkan. Mohon maaf kepada sahabat2 atau sesiapa yang mengenali. Semoga terjaga hubungan MANUSIA dengan ALLAH dan MANUSIA dengan MANUSIA. In syaa Allah



Isnin, 20 Mei 2013

Disebalik Kem Saujana Asahan Melaka


Assalamualaikum dan salam sejahtera... saja je menulis blog neh sekadar untuk berkongsi cerita ;-)

apa yang berlaku sebenarnya? sehingga terdetik diruang fikiran untuk menambah post blog terbaru mengenai kem di asahan melaka? apa yang specialnya? ok bagi yang tak pergi kem disebabkan hal2 tertentu sila la baca entri neh supaya dan merasai sendiri samada kem neh best atau tak? beri manfaat ke tak? :-)

Geng Asam Jawa berjaya mendapat tempat ke 2 :-) terbaek
ahli kumpulan asam jawa (wanita)



17 Mei 2013 - aku terlepas peluang untuk bersama ahli2 kor suksis yang lain untuk aktiviti jungle tracking dan solo drop. yang best tuh bila tgok gambar perhentian terakhir bagi jungle tracking ialah air terjun... wau air terjun tuh... best je tgok diorang tapi apa kan daya sapa suruh tak datang pagi hehehe... bas aku bertolak dari utm jam 6.30 petang dan smpai ke melaka(kem asahan) lebih kurang jam 9 malam gitu lah.. sampai je sana makan2 then terus jadi sentri sbb apa? sbb yang lain akan teruskan aktiviti solo drop so kami yg lewat neh ada setengah yang sempat join... bagi aku sbb aku dah biasa dengan aktiviti solo drop neh so tak kesah sangat... jadi sentri sama je mcm solo drop... rasanya lah heheheh... habis cerita setakat hari neh... almakhlum datang lewat takde la kenangan manis tercipta disini...


18 Mei 2013 - apa yang ada pada hari sabtu 18 hb neh? mcm biasa lah aktiviti sangat menarik... repelling & flying fox atau bahasa melayunya musang terbang hehe... tapi kali neh berbeza dari kem2 yang lain... sebab tempatnya sangat tinggi... ramai yang berani ada juga yang takut tinggi... sampai flying fox sekali turun 2 orang hahaha takut gamaknya tapi atleast yang takut tuh berani mencuba kan :-) kira2 jam 12.40 habis aktiviti neh dan makan... bab makan neh tak yah cerita lah... sangat sedap makanan dkt sana... sapa tak g rugi lah weeeee hehe :-) lepas tuh kul 2 diteruskan lagi dengan aktiviti air... kali neh kami diajar untuk membuat rakit. aku belajar dulu wat rakit masa dekat PLKN.. so untuk kali neh aku diamkan diri je wat2 mcm tak tahu sbb kata org pengalaman berbeza di lain2 tempat :-) ni lah rupa rakit tuh cantik tak hehe so sapa yang join neh dulu tak pernah wat rakit at least dapat ilmu baru mcm mana nak wat rakit yer :-) kami juga diajar isyarat2 yang digunakan waktu berakit antaranya isyarat kecemasan, isyarat berkumpul, isyarat maju ke kiri dan kanan, isyarat maju kehadapan, isyat kedarat jika petir berlaku dan sebagainya.

Selepas selesai wat rakit mcm biasa akan dimulakan dengan water confident... so stiap peserta merasai sendiri pengalaman berada didalam air... samada pandai berenang atau tak pndai mesti kena wat water confident neh... sbb apa? sbb sepandai2 mana pun kita dalam beberapa perkara... pasal air jgn main2 kang lemas free je :-) yang best ada yang cakap saya takut air... tapi lpas wat water confident tgok dia yang lebih2 plak hahah tadi cakap tak berani dalam air sekali dapat peluang masuk air smpai tak nak naik ke darat dah hehe..

Lepas wat water confident tiba masa untuk menguji rakit yang dah dibuat tadi.. ini lah hasilnya... melalui kativiti rakit neh bukan stakat dapat pengalaman berakit... malah kami turut memperolehi semangat kerjasama dalam berpasukan.. in..... out.... in ..... out.... in.... out... bila atas rakit tuh je kita dengar... selain tuh dapat kita lihat sendiri kehebatan Alam semulajadi ciptaan Illahi... ketenangan yang diperoehi sepanjang berada di atas rakit dikelilingi bukit bukau yang cantik dan air yang tenang... apa2pun aktiviti rakit neh sanagt menarik dan kepada yang tak berkesempatan untuk join kem neh anda rugi hehehe. selepas habis aktiviti berkayak kami pulang ke tapak khemah untuk membuat persediaan diri..

malam tuh diteruskan lagi dengan majlis penutupan program yang dihadiri oleh Timbalan komanden kor suksis utm, pegawai arjutan kor suksis utm, tuan penyelaras, pengawai latihan 1, jrulatih2 serta peserta2. pada malam tuh juga ada majlis perpisahan sarjan habibah. so untuk majlis malam tuh menu dia sangat special 1- satay, 2- lamb chop, 3- bihun goreng, 4- sup cendawan, 5- nasi goreng, 6-salad, 7-air dan banyak lagi... alhamdulillah kenyang hehe lepas habis majlis tuh mcm biasa berkumpul di tapak khemah dan diteruskan dengan lain2 perkara.
gambar hiasan :-)

19 Mei 2013 -  neh hari terakhir di kem Saujana Asahan Melaka. seawal jam 8 pagi berkumpul dibahagikan kumpulan untuk meneruskan aktiviti high-rope(tali tinggi) dan kembara halangan. tgok la gambar sebelah neh... best tak dpat naik tali tinggi? hehe dkt sini kita dapat naikkan kita punya keyakinan diri... paling best dkt sini jurulatih turut mengambil bahagian untuk mencuba dan merasai sendiri tali tinggi :-) sanagt best... apa2 pun tahniah pada syazwani sbb berjaya selesaikan smua task dkt tali tnggi neh... kepada fadzli izwan jangan lupa kutip semula jantung ko yang tertinggal tuh ehhehe yang lain pun tahniah kerana berjaya laksanakan semua task yang diberikan dkt sini. habis je tali tinggi kami teruskan dengan ativiti kembara halangan. macam biasa kembara halangan neh nak uji kita punya semnagt kerjasama dan tolong menolong. tak guna kita smpai awal untuk mengejar kejayaan kalau rakan2 kita masih di belakang. biar sampai lewat asalkan semangat berpasukan dititik beratkan. ahli kumpulan aku dalam neh sanagt sporting dan sangat best, bergerak dalam 1 pasukan dan saling mmberi sokongan kepada rakan2. walaupun 1 orang tak dpt selesaikan tast kembara halangan neh.. apa2pun aku berbangga dengan mereka sbb tak serik untuk mmberi sokongan moral dan fizikal kepada dia untuk meneruskan task tuh.. terbaek team Asam Jawa :-)

Petang kul 2.30 diteruskan lagi dengan aktiviti Sukan Kreativiti. Untuk aktiviti neh ada 4 kumpulan iaitu Asam Jawa, Asam Kering, Tembikai dan Jagung. untuk sukan kreativiti neh diambil masa untuk siapkan task juga dilihat aspek kerjasama dalam kumpulan. mula2 kami mulakan dengan A frame. game neh tak de lah susah cuma tuh la kalau ketua yang berada ditengah2 tidak berikan arahan yang betul so susah untuk mengawal pergerakkan. apa2 kerjasama dan ukhwah yang tercipta di A frames kekal selamanya. Selain tuh lepas aktiviti A frames ada aktiviti Grenades dan Clear serta buka gari. "bila saya cakap grenades smua kena baring kebawah, dan bila saya cakap section clear smua kena bangun" itu kata seorang jurulatih di sana... dari aktiviti neh kita jangan selalu selesa berada diatas... kadang2 kita yang selalu berada diatas neh akan berasa kurang selesa jika berada dibawah. tapi tak mengapa kerana aktiviti2 mcm neh mampu memperkuatkan emosi kita, menjadikan kita lebih fokus dan berdaya saing serta bekerja dalam 1 pasukan. dan banyak lagi aktiviti.  so kesudahan aktiviti ini membawa kepada kejayaan geng ASAM... selain tuh ada permainan yang mcm gambar disebelah neh iaitu "bukan spiderweb dan tiada kena mengena dengan spider... ia dipanggil pagar elektrik" heheh so dalam aktiviti neh nampak kerjasama dan semangat berpasukan dalam kumpulan. tak kesah dia kecil, dia besar, dia tinggi, dia kurus tetap diangkat dan diusahakn untuk menyelesaikan task nih.. lagi 1 yang best yer setiap peserta dilatih untuk menjadi pemimpin.. so kalau tak dengar arahan ketua... arahan sapa lagi kita nak dengar kan... dalam sukan kreativiti + kembara halangan dimana pemenang no 1 ialah ASAM KERING, no 2 ASAM JAWA, no 3 JAGUNG dan no 4 TEMBIKAI. tahniah diucapkan kepada geng asam kerana berjaya mendominasi permainan hehe
sesi bergambar bersama jurulatih kor suksis utm, jurulatih kem asahan melaka serta pelatih2 kor suksis utm


 So berakhir kem neh... saya mohon maaf kalau sepanjang kem ada salah dan silap. ada teguran yang terasa dihati, terguris dijiwa, atau terpanah dimana2. teguran tuh bukan suka2 tapi sekadar untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 yang lain supaya yang kurang kita baiki, yang bagus kita tingkatkan. so pengalaman bersama anda semua sangat2 bermakna. Mungkin ini kem terakhir saya bersama dengan sahabat2 di kor suksis UTM. semoga semangat bekerjasama dalam 1 kumpulan, ukhwah yang terhasil disini serta patuh arahan ketua akan terus kekal dalam fikiran anda. Simpanlah kenangan yang kita dapat dalam kem nih untuk dikongsi pada masa hadanpan. sekali lagi anda semua Terbaik... keep it up. :-)

bila main jangan main2, bila bekerja jangan main2.. ingat pesanan jurulatih disana " Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh wat? stakat kotor apa sangat sbb baju boleh dicuci betul tak?" so terima kasih semua mmberikan pengalaman yang indah di sisa2 akhir dalam kor suksis UTM skudai.. terima kasih semua :-)
Terima kasih juga kepada skuad senior yang join terutama Daus, Akmal, Ariff, Ganu, Jagung dan Atikah. maaf eh sapa yang kena buli tuh ehehhe

Rabu, 15 Mei 2013

" Pendidikan Bermutu , Asas Generasi Maju "

Esok 16 MEI 2013 merupakan tarikh keramat bagi mengenang segala jasa dan pengorbanan insan bernama GURU atau lebih mesra dengan panggilan CIKGU...setiap hari terkenang insan2 yang banyak berjasa kepada aku sejak aku tadika smpai la ke sekolah menengah... bila sebut je pasal hari guru neh membawa kepada 1001 kenangan aku bila bersama guru...
*imbau kenangan :-)

  • Tadika Kemas Taman Meranti
    • aku masih teringat (~tarikh tak ingat la weh hehe) dimana masa tuh aku tak fokus almakhlum budak2 mana nak fokus belajar... sekali cikgu tadika aku panggil... " Fitri sembang eh.... dengar kata kamu nih pandai nyanyi lagu raihan... tak kesah lah lagu apa2..." kata cikgu tadika aku... so aku neh dah la pemalu hahaha pemalu gitu... g lah depan dgn kumpulan2 member aku yang bersembang tuh (kena denda katakan)... nyanyi lah lagu Raihan... sekali lupa lirik so berulang2 lah lirik lagu yang sama hahaa malu je...
    • pengajaran yang aku dapat.. senakal2 mana pun kita.... sebanyak mana pun ragam kita... cikgu2 kita akan tetap berusaha untuk membuatkan kita fokus dan jarang sekali tidak mengambil berat walaupun banyak karenah dan kesusahan yang kta timbulkan kepada cikgu kita..
  • Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara
    • masa darjah 2 kalau tak silap aku... ada seorang cikgu neh penyelia petang.. nama dia cikgu Nazir.... sentiasa dengan pembaris (roti panjang kami panggil pembaris masa tuh)..  kami masa tuh asyik kena rotan sebab apa?? sebab binatang inilah hehehe... setiap kali waktu rehat g dekat pagar sekolah tangkap menda neh... nama dia Lady bird(rare neh) kami panggil dia kura-kura emas... sangat cantik hehe bleh wat bisnees neh mesti kaya... Sebab rotan tuh lah mengajar kami supaya jangan membuang masa dan menganayai haiwan :-) terima kasih cikgu...
    • masa darjah 4 aku jadi pengawas sekolah.. cikgu haziana abd hamid lah yang bagi nama untuk pelantikkan tuh... terima kasih cikgu dengan pelantikkan tuh walaupun sya neh pemalu tetapi ia mengajar saya untuk menjadi seorang ketua.... mengajar saya untuk berdisiplin dan aling penting mengajar saya untuk berdiri di atas kaki sendiri (BERDIKARI)...
    • kepada cikgu2 yang banyak berjasa kepada saya... cikgu jamil... cikgu mat rani... cikgu noriza hamzah... teacher azarian binti che din, teacher hashimah. sir malek... ustazah umaimunah... ustazah ubaizah... cikgu yong... cikgu normala.... cikgu baizura..cikgu ruslina.. cikgu asiah..cikgu wahid.. cikgu faisol..  cikgu haspida (cikgu pengawas).. dan lain2 cikgu terima kasih.... jasa kalian saya hargai.... semoga usaha murni mendidik anak bangsa dibalas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat..
  • SMK CHANGLUN
    • dekat sekolah changlun neh tak banyak kenangan sbb time neh bukan malas tapi komitmen terhadap belajar dan ke sekolah tuh agak kurang hehe keja ponteng sekolah je... sbb apa.. sbb berkubang dalam sawah ikut tractor n tangkap ikan hehe... tapi masa dkt sekolah neh teringat lagi cikgu mokhtar penyelia petang... setiapkali lepas exam ja dia check prestasi pelajar... nanti dia bagi nasihat lah :-) 
    • cikgu hasnah hassan saya sangat suka cara dia mengajar sbb apa... bila tak siap kerja sekolah perut kena cubit.... telinga kena tarik.... sebab tuh dari segi komsas dan sastera aku sangat minat bermula disini hehee... teacher nordiana pun tidak kurang hebatnya....banyak bagi nasihat... mengajar BI sanagt mudah faham... kalau aku ajar sah2 semua org tak faham hehe  cikgu khairul wahida masa neh mengajar aku subjek sejarah.... form 4 mengajar aku subjek tassawur islam... kalau tak siap kerja... buku terbang kot... pastu kena beleter :-) dengan leteran cikgu ia membuatkan saya lebih fokus dan sentiasa berusaha untuk siapkan kerja sekolah... 
    • cikgu non pun tidak kurang hebatnya... mengajar matematik dengan teknik mengajar sendiri... memudahkan kita untuk faham matematik... betul kata kajian bahawa orang asia mahir dalam matematik dan kurang kepada konsep/fakta... tapi cikgu non neh lain... sangat teliti mengajar... penyampaian jelas... cikgu ridzuan pun best juga ajar math... :-) ramai lagi cikgu2 yang memberi dorongan dan bantuan dalam perjalanan hidup seorang pelajar neh... jasa anda cikgu di SMKC sangat2 saya hargai.. kerana guru ialah pewaris bangsa.... dia juga pembentuk anak bangsa... terima kasih cikgu..
  • SMT SEBERANG PERAI PULAU PINANG
    • ok sebelum aku masuk smt sppp neh... aku nak ucapkan terima kasih dekat ayah aku sbb dia berusaha keras pergi sekolah smk changlun uruskan perihal berhenti sekolah... urusan yuran dan sebagainya.. terima kasih mak dan abah.... (15 mei ialah birthday mak aku hehe tapi tak dapat nak raikan almakhlum aku sanagt jauh dari sisi dia...) ...
    •  ok berbalik kepada smt neh.. banyak kenangan aku disni bersama rakan2 dan cikgu2... dekat sini sistem dia sangat berbeza.... membuatkan aku elbih fokus untuk belajar... tahap kemalasan aku semasa tadika sampai la ke tingkatan 3 berkurang lepas aku masuk skolah neh... entah kenapa timbul 1 sikap tanggungjawab/keperihatinan tentang budaya ILMU... Inspirasi keazaman iltizam moto sekolah neh.. ia membuatkan aku lebih bermotivasi... 
    • cikgu2 yang mengajar sangat sempoi dan sporting melayan karenah kami yang nakal2 neh walaupun aku neh pemalu hahaha...tapi teringat lagi masa sekolah dulu... cikgu fizik aku(cikgu anis)... waktu belajar tuh kalau tak siap kerja sekolah  free je beljar sambil menchangkung 2 jam... habis kena denda je komform2 jalan mcam angkasawan. hehe tapi denda tuh membuatkan aku jatuh hati pada Subjek FIZIK... bagi aku subjek fizik neh sangat menarik nak akta senang tak juga... nak kata susah tak juga... tapi sebab minat aku terus tekad belajar walaupun kadang2 menemui jalan buntu... cikgu anis n cikgu ayub banyak mmbantu... terima kasih cikgu... 
    • satu lagi aku teringat asal cikgu addmath aku ialatu puan salwa :-)... banyak memberi tunjuk ajar dan membuatkan semnagat aku untuk belajar addmath bertambah tinggi... mudah aku faham... teringat 1 masa tuh aku careless masa jawab exam salah pun benda senang2 je... apa cikgu salwa cakap... "fitri awak neh careless lah... benda senang pun tak bleh nak wat... nak saya denda kamu lari 2 pusingan pdang sekolah?" lepas pada tuh 1 + 1 pun aku tekan calculator hehee.. 1 lagi perkara aku ingat... masa neh tak siap kerja sekolah... kena lah g kelas tingkatan 4 kos Elektrik... masuk kelas beratur ramai2... cakap " adik2 jangan tiru macm kami... kami malas kami tak siapkan kerja sekolah"... denda mcm tuh walaupun kita rasa malu tapi bagi aku dia sangat bermotivasi kerana apa? kerana ia mengajar kita supaya tidak sambil lewa buat sesuatu perkara.... fikir apa akan berlaku kalau kita wat sesuautu... terima kasih cikgu salwa untuk A1 add math :-)
    • cikgu BM puan zaniah dan cikgu BI teacher Azila banyak jga mmbantu... dalam perjalanan menghadapi SPM banyak bantuan diberikan... banyak tunjuk ajar dan tips2 diberikan tapi sikap malas menyebabkan subjek BM neh kadang2 tak ramai orang dapat A... tapi cikgu zainiah sangat sabar orang nya... dan banyak memberi ganjaran kalau kita melakukan kebaikan... tidak lupa juga teacher azila... ingat lagi masa program mohon restu... " kenapa awak tak jumpa saya? saya tak maafkan awak.. kalau nak maafkan... mohon maaf sekarang... awak banyak wat salah dgn saya" itu kata teacher azila... masa neh dah dekat2 spm.. baru la aku rajin pergi bilik dia untuk baca beberapa petikan karangan BI untuk persediaan hadapi SPM.. sepatutnya awal lagi aku kena jumpa teacher tapi sbb aku neh tak brapa rajin dan ambil sikap smbil lewa tuh la jadinya... maaf teacher...
    • ...cikgu zam, cikgu ayu, cikgu amran,cikgu rohaizad, cikgu zaki, cikgu ahmad zoon,..cikgu haslina, ustaz hishamudin, dan warden2 serta semua guru2 di smtsppp yang banyak membantu juga.. terima kasih kepada cikgu2... nak cakap banyak lagi tapi masa terhad :-) nanti ada masa lagi saya cerita pengorbanan cikgu2 ... apa2pun cikgu2 di SMTSPPP sanagt terbaik dan patut diberikan balasan yang baik...
  • Itu sahaja cerita saya pengorbanan cikgu2 saya dalam membentuk saya yang malas neh... terima kasih cikgu... saya mohon cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu berikan... mana2 nama guru yang saya tak sebutkan dalam neh bukan bermakna saya tak ingat cikgu tetapi cikgu sentiasa dalam kenangan saya...  so saya mohon maaf banyak2 sepanjang perjalanan cikgu mendidik saya... banyak salah saya lakukan... maaf dipinta... semoga segala usaha murni cikgu mendapat kebaikkan dan balasan yang baik di dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t in syaa allah... kawan2/ siapa2 yang baca entri neh tolonglah hargai jasa guru kita... sejahat2 mana pun meraka pada pandangan kita..  mereka sangat baik disisi Allah... saya harap agar kementerian memulangkan semula rotan yang telah lama disimpan bagi mmbentuk peribadi pelajar... cikgu tak akan salah menggunakan kuasa selagi mana tiada kesalahan yang dilakukan oleh pelajar... betul kekerasa bukan cara terbaik untuk mendidik... tapi ramai2 yang berjaya hari neh bermula dengan penawar yang bernama ROTAN..... jadi saya tinggalkan dengansatu sajak buat guru:
    • SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)

      BERBURU ke padang datar
      Dapat rusa belang kaki
      Berguru kepala ajar
      Ibarat bunga kembang tak jadi

      Dialah pemberi paling setia
      Tiap akar ilmu miliknya
      Pelita dan lampu segala
      Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

      Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
      Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
      Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
      Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

      Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
      Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
      Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
      Jika hari ini seorang ulama yang mulia
      Jika hari ini seorang peguam menang bicara
      Jika hari ini seorang penulis terkemuka
      Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

      Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
      Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
      Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
      Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
      Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
      Dia adalah guru mewakili seribu buku;
      Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
      Semakin bererti tugasnya kepada negara.

      Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
      Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
      Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
      Menjadi kenangan ke akhir hayat.

      USMAN AWANG
      1979
* lagu yang menjadi cover blog ini ialah dari sahabt saya IDRIS....

Ahad, 24 Mac 2013

Suksis dan Aku...

Semalam 23/3/2013 adalah hari perkahwinan staff kor suksis UTM iaitu kak AzRin... so jemputan neh dapat dah lebih kurang 2 minggu awal masa ni jurulatih aku cik elham dan cik azlinah bagi tahu.... apa2 pun tahniah kepada kak azrin dan kenduri semalam sanagat meriah... Aku pun sbnarnya 50-50 nak g ker tak majlis perkahwinan kak azrin nih.... sbb jumaat 22/3 tuh syamir ada msg aku... abg fit nak tak join kami untuk program FZ2H kita ada wat barbeQ pada 23/3... huh barbeQ... malam tuh(22/3) pun aku berbarbeque bersama dgn budak2 course aku dkt tasik pk utm... pada masa yang sama pengarah program kem kepimpinan pengawas seta pun ada ajak join program makan2 bersama ajk dan fasi2 dkt umah kak ain pada 23/3 malam... so aku pun pikir banyak kali mana aku nak g.. 3 program pada 1 masa... nak kata aku aktif tak juga... maybe rezeki lebih kot tuh yang dpt banyak jemputan.... last2 aku decide aku g keluang untuk majlis perkahwinan kak azrin bersama2 rakan2 suksis utm..

pagi sabtu tuh ada latihan suksis... habis je sahabat2 tanya ok sapa yang nak pergi hari neh... aku pun join skali... kami g menaiki 2 buah keta dan 1 buah van yang dipinjamkan oleh jurulatih skuad junior iaitu  cik musa.. terima kasih sebab pinjam kan van cik musa ^^... naik van yang paling menarik... ada satu tempat tuh bunyi mcm tanyar meletup.. pergh apasal ni... tegok punya tengok rupanya tanyar dah terkopek dah... alhamdulillah selamat smpai ke rumah pengantin...

so semalam lebih kurang jam 12.30 bertolak dari utm ke keluang... sampai sana dah kul 2.30 ptg dah sbb ikut jalan belakang.... melalui kulaijaya, seledang dan lain2.. kenduri nak diceritakan sanagt meriah... selalunya sebut je kenduri nasi minyak... tapi kali ni kami makan nasi ayam... nyum2 sangat sedap hehe... kalau boleh tapau dah lama tapau haha... ramai jurulatih yang hadir berkonvoi beramai2 ke majlis tuh...

habis je makan dan beredar kami singgah di masjid berdekatan jalan orkid tuh... selesai solat smua... aku, hakim, daus, fazreen dan taufiq kami bergerak g kem asahan untuk tgok tempat tuh... kem asahan sangat menarik... aku jatuh hati dgn kem tuh... tempat nya kecil tapi sangat lawa.... kalau sapa pergi sana pasti teringin nak duduk sana...  dalam perjalanan nak g sana tuh hujan lebat... ada la 3 kemalanagn yang berlaku depan mata.... akhrnya smpai kami di tangkak... masa masuk tol tangkak tuh minyak kereta dah berkelip2 dah... apa2pun kami gagahkan jua untuk smpai ke kem asahan tuh... 6.30 kami smpai sana... so mula la operasi menangkap gambar kawasan yang cantik tuh dan aktiviti apa yang boleh dilakukan... ala wat survey kalau ada program bleh wat sana... harga pun berpatutan... pukul 7 gitu cik elham sampai dgn family dia... kami pun cuba melawat bilik... perghh menarik bilik dia... sangat2 cantik... pemandangan yang indah ciptaan illahi... teruja aku seketika...

pukul 8 malam kami bertolak ke melaka... jalan jauh juga nak kena pekan jasin semata2 nak isi minak hahah... kalau tak isi nih mmg sah2 tak smai melaka... tahu kenapa kami ke bandar melaka???? sebab masa dekat masjid tuh pemandu van dan kereta diorang bercadang nak g melaka.... ramai penumpang yang dalam tuh fikir pemandu2 neh main2 je.. last2 sampai ke melaka... haha sampai ada yang update Fb kata kami diculik oleh polis wkakaka.... semua sekali yang pergi melaka semalam ialah 17 orang... dari 17 orang tuh ada seorang pelatih junior iaitu NANA... dia pun tersangkut sekali ke melaka hahah maaf yeahh....

dekat melaka tak banyak tempat kami pergi sbb perjalanan aku, daus, hakim, fazreen dan taufik mengambil masa yang agak lama juga.. sbb kluar dari asahan kami melalui jasin dan seterusnya bukit katil dan bandar melaka... 9.15 baru kami bertemu dengan kumpulan van tadi di dataran pahlawan... sempat lagi bergambar disana... tapi lupa plak masing2 dah lapar... jadi kami pun wat rancangan makan ikan bakar... siakap 5 ekor, sotong 2 kilo... udang 2 kilo dan lain2... sangat sedap haha rugi lah sapa yang tak ikut.... tak gitu?? ^^ harap yang ikut ke melaka tuh tak rasa rugi lah... sbb skuad senior bagi aku sgt terbaik ^^ dah macam 1 family 1 suksis dah bak kata ezy dalam timeline FB dia hahah

selesai makan dalam pukul 12 malam gitu.... nak balik ke utm terus... takut kena tahan dgn pak guard.... jadi kami berhenti skjap di masjid MITC dan dataran apa ntah lupa dah nama dia.... dalam kul 1 bertolak balik ke utm... dalam perjalanan tuh mcm2 berlaku lah... tapi malas nak cerita... kata kawan2 aku skuad senior yang ikut tuh... jangan risau balik ni dari melaka kta ada 7 perhentian haha... padal kami berhenti 2 perhentian je... pagoh dengan machap ^^...

alhamdulillah sampai ke utm pukul 5 pagi dengan selamatnya... diharap dapat lagi bersama2 dengan anda semua .... yang mana tak dpt join tuh maaf lah... perancangan last minit yang membawa kami ke melaka beramai2 iaitu seramai 17 orang ^^... swift viva van jasamu dikenang.... ^^ pengalaman bersama anda semua tak dapat dilupakan.... jumpa lagi ^^ ayuh sama2 bangunkan suksis utm dan hidup seperti sebuah keluarga sebagaimana kita alami semalam.... Hapy with all of u ^^


tu saja cerita aku... kalau ada salah dan silap sepanjang perjalanan ke kenduri kak azrin dan melaka mohon berjuta kemaafan atas 1 kesalahan yang dilakukan... tahniah pemandu anda memandu dengan baik dan semua selamat sampai... Daus, mazuan, taufik, hakim, haikal dan akmal.... pemanduan anda sangat baik ^^


so sahabat2 di KLM dan SC harap anda mengerti kenapa tak dpt join program anda semua :-) bukan sengaja tapi ini je masa yang ada untuk aku bersama2 dengan skuad suksis aku ^^ lain kali in syaa allah aku akan join apa jua invitation yang ada tapi kena tunggu jawatan aku habis dulu lah ^^.... kalau amanah yang aku pikul slama ni sbgai presiden kor suksis dan ahli aktif kelab klm dan sc belum tertunai... harap dimaafkan dan beri aku dorongan dan bantuan agar amanah yang dipikul dpat dilaksana secara adil... terima kasih semua...

kalau ada sumur diladang boleh hamba menunmpang mandi,
kalau ada program yang akan datang jangan lupa menjemput saya yang hina ini..

assalamualaikum dan salam sejahtera :-)

Kem Kepimpinan SETA

pada 15,16 dan 17 Mac lepas kelab smart camp ada wat program kepimpinan pengawas dkt SETA(sekolah engku tun aminah).. Smart camp macam biasa walaupun ini dinamakan kem kepimpinan... kata orang kem kepimpinan sepatutnya lebih tegas... tapi bagi aku pendekatan yang dibuat oleh smart camp ini sangat baik... biar program secara lembut dan pendekatan yang dilakukan secara mesra agar dapat melahirkan bakal pemimpin yang mmpunyai kemahiran menangani masalah yang lebih berkesan... sebab kalau hanya bergantung kepada ketegasan kelak takut ia akan diwarisi kepada generasi seterusnya dengan semangat dendam dan bukan kerjasama... 

Sebelum tuh memperkenalkan yang tengah2 tuh ialah ketua fasi nama dia syafiq... First time dia jadi ketua fasi katanya apa2 pun aku rasa dia adalah pelapis Ketua fasi terbaik. so Syafiq teruskan menjadi ketua fasi bagi program2 yang akan datang. Bukan apa aku respect dia sbb masa last induksi tuh dia jumpa aku tanya mcm mana nak jadi ketua fasi... aku tak pernah jadi ketua fasi tapi ajar je  berdasarkan pengalaman kawan2 yang pernah jadi ketua fasi (wakakak), how to handle adik2 fasi terutama pelajar sekolah.... pada awal permulaan program mmg nampak dia gementar skit tapi tak kesah lah sebab langkah pertama yang menjadikan kejayaan yang seterusnya... dan pada keesokan harinya dia sangat mantap melayan karenah adik2 SETA yang sgt hyper aktif hehe apa2 pun good joob syafiq... jangan pernah serik jadi ketua fasi... :-) dan jangan menjerit sebut nama AZFA masa dkt dalam bilik ko tuh... kang aku bakar juga bilik tuh nanti hahaha


Program dekat SETA ni macam biasa Smart Camp menggunakan konsep Tanah Jajahan dimana setiap kumpulan merupakan sebuah kerajaan. pada permulaan setiap kerajaan akan mendapat 5 tanah jajahan dan sekiranya menang tanah jajahan akan diberikan kepada kupulan yang menang dan kerajaan tersebut boleh menjajah kumpulan lain... sangat bising n meriah masa nak jajah tanah org tuh haha... kata org siapa yang menang awal last2 akan kecundang sbb smua org berdendam dgn dia haha ... so sepanjang 3 hari 2 malam tahu tak kumpulan mana yang menang????

ni lah kumpulannya... mawamawamawamawamawamwar berduri.. berdurii.... hahha

sebenarnya team lain saja bagi peluang dkt anda ok... haha ni antara kumpulan lain yang ada...








Seoul YOuth ialah kumpulan aku dengan kak atiq... kami walaupun tak menang tapi kami berusaha keras untuk berjaya ok... jumpa lagi yer adik2 kumpulan seoul youth ^^ pengaruh korea betol haha



Sebelum membina bendera, negara dan lain2... Sesi awal bermula dengan pencarian kumpulan.... setiap org akan dapat 1 keping gambar dan mereka perlu mencari ahli kumpulan berdasarkan kepingan gambar yang diberi supaya menjadi gambar contoh dibawah.. kemudian setiap kumpulan akan kekurangan 1 gambar atau 2 gambar.. so mereka perlu mencari gambar tuh dari fasi2 yang pegang kad gambar tuh... agak kesian sbb aku ada 2 tapi aku bagi 1 ja... lagi satu aku pegang dan agak2 lama skit baru aku kasi hahahaha maaf !! ^^


yang aku paling suka pada hari pertama di SETA ialah pada slot SUARAKAN AKU... haha time ni setiap kumpulan kena bagi fasi bercakap ayat yang diberikan kepada mereka... ada la 1 group tuh datang dia nak suruh aku sebut "bagai itik pulang petang" so masa hint awal diorang tunjuk gaya itik tuh aku dah agak dah peribahasa tuh... jadi apa lagi aku kenakan la diorang dulu... eh abg sekarang waktu apa... aku jawab waktu siang lah... eh tak abg alaa skrang ni. aku pun amik hati aku sebut petang... yeayy diorang suka... pastu seterusnya nak aku sebut pulang... aku pun cakap balik lah... back home lah dan lain2... siap ada kumpulan wat gaya itik pulang petang... puas aku gelak hahah but nice atleast korang smua berjaya wat aku sebut semua perkataan yang diperlukan bagi ayat yang diberikan.. good job. ada kumpulan mana ntah datang yang aku ingat ramai chineese.... then diorang nak aku sebut "Saya sangat Busuk" ada ke patut diorang tanya abg dustbin apa bau dia... aku pun cakap wangi.. eh mana ada meh...  tong sampah mana wangi.... aku pun cakap ada la... tongsampah dkt KFC wangi sebab bau ayam goreng haha marah masing2 bila aku tak cakap apa yg diorang nak... tapi tak pe korang belajar banyak benda iaitu jangan malu bertanya ^^ dan meningkatkan konfiden diri dan kurangkan rasa malu..


ni 2 team yang berentap untuk penentuan tempat pertama masa program bersama abg mus dan apek... group aku tuh warna kuning... menang akhirnya... sangat bangga dgn anda smua... so group biru usaha lagi ea wkaakakaa


kalau tak silap ni gambar masa hari pertama or ke 2... kem kom (abg afiq) marah2... ada yang gelak tuh afiq... kasi denda lah hehe... smua tgok muka pucat je... tambah2 penghulu kem ni haha kesian je tgok muka tapi wat mcm mana abg kem kom mmg garang walaupun dalam hati ada taman haha... apa2 nice juga wat suprise hari jadi tuh... terbaekkk


Hari last tuh kul 6.45pagi  dah start men refreshment sementara tunggu kawan2 lain datang dan sarapan pagi... mmg best adik2 di SETA sangat sporting... diantara refreshment yang diajar...

Gorilla perutnya besar..... suka makan pisang... (Kupas kulit kupas kulit... mmmmmm sedapnya...)x2
Gorilla perutnya besar..... suka makan durian... (kupas kulit kupas kulit... aduhhhhhhh sakitnya....)x2
Gorilla perutnya besar..... suka makan bawang..(kupas kulit kupas kulit... belum... belum...)x2
Gorilla pun menangis ^^ kalau boleh wat gaya neh best juga comel jer hahaha

lagi apa eh ... haa yang ni pun best.. heyyy rumput yang hijau hey2 rumput yang hijau... hey rumput yang hijau,... ni yang ajar abg syukor haha mmg sporting habis... smpai ke jambul burung pun ada hahaha

lagi kangaroo, kangroo... harimauu kangaroo.
kangaroo, kangaroo... harimau kangaroo,
sotong, sotong,, harimau kangaroo..

pizza hut, pizza hut, Kentucky fried chicken, pizza hut,
pizza hut, pizza hut, Kentucky fried chicken, pizza hut.
mc donald, mc donald kentucky fried chiken pizza hut...

dan banyak lagi,.. so thankz yeah to all Prefect SETA dan fasilitator n also all the AJK involved in this program.. tak rugi lah join program ni....

dan bagi aku SETA sangat beruntung kerana mempunyai pengawas yang berwibawa mudah mendengar arahan dan sentiasa bekerjasama dalam apa jua perkara yang dilakukan... nice... mungkin sebab pengalaman diorang pada program2 yang sebelum ni mengajar mereka untuk lebih berdisiplin :-)

sbnarnya pada 16/3(sabtu) aku ada program dgn suksis utm.... 17/3(ahad) ada gotong royong dibawah UTM punya program... aku tak join 2 program tuh rasa rugi tapi lepas bersama2 adik di seta selama 3 hari 2 malam ia sangat berbaloi... tahniah semua... ada salah dan silap harap dimaafkan ^^

tahniah syafiq kerana menjadi ketua fasi yang baik dan afiq menjadi kemkom yang garang tapi dalam hati ada taman.... tanpa anda dan ajk terlibat serta fasi2 program ini takkan berjalan dengan lancarnya.... thankz all for giving me a good n nice experiences

dari kem ni aku kenal pelbagai watak manusia dan yang paling aku belajar ialah dalam membentuk peminpin kelembutan adalah jalan terbaik namun sebaliknya ketegasan perlu bagi membentuk peribadi insan.... so jangan menharap hanya ketegasan dalam membentuk disiplin seseorang... kelembutan dan pendekatan secara dekat lebih baik dan mesra alam... :-)











Isnin, 28 Januari 2013

Dunia Aku Dan Aku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :-)

dah lama rasanya aku tak berblogging... tapi tiba2 saja aku terima mesej dari seseorang dan aku terfikir agak lama aku tak berblogging...

dekat sini tak ada apa pun aku nak ceritakan tetapi aku baru terpikir yang kadang2 kita hanya nampak akan kelebihan orang lain dan bertapa perfectnya orang lain berbanding kita... tanpa kita sedari bahawa diri kita juga mampu untuk memberi sesuatu kepada orang lain...

aku ni selalu sibuk time belajar tapi malas belajar ^^ sehinggakan pointer aku jatuh sem ni. dan aku rasakan aku neh macam tak berguna kepada orang lain... pelbagai nasihat aku terima dari orang dan akhirnya aku rasakan mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku... mana tahu pointer aku yang jatuh sem neh memberi ruang kepada orang lain untuk berjaya...  tapi tak mengapa segala yang berlaku ada hikmah dan aku akan cuba bangun dan menggalas tugas untuk mengejar cita2 dan mengubah kehidupan keluarga aku yang sgt baik kepada lebih baik.. in syaa Allah..

tapi bukan aku nak cerita pasal pointer aku kat sini... malu rasanya... haha so aku nak cerita pasal cuti semester aku dan apa aktiviti yang aku lakukan... sepanjang semester belajar aku sibuk dengan SUKSIS UTM.... aku tak dapat join program2 yang aku teringin nk join terutamanya dari kelab2 kolej tuanku canselor (Smart Camp, KLM dan lain2)... walaubagaimana pun memandangkan cuti sem ni tak ada aktiviti SUKSIS so dengan tak sengaja ada orang msg aku dan bertanya "nak tak join program From Zero To Hero"... aku pun tanya orang yang msg aku... ni sapa ni... dia cakap aku Syam.. wah sapa dia neh.. ingat punya ingat rupanya aku kenal dia masa program KLM iaitu Together forever... kalau nak tau Syam ni skrang pengrah kelab KLM tuh...aku pun tanya dia program Zero To Hero tuh apa sebenarnya... dia pun cerita la secara ringkas... aku mula2 tak nak join tapi bila pikir2 dan semak jadual aku tak ada program masa cuti... so aku amik peluang untuk join... dia tanya aku abg fit nak jadi apa untuk program tuh... dia macam seakan2 nak suruh aku pegang sesuatu like ketua fasi, kem kom dan sebagainya... aku tanya dia... then dia cakap abg fit jadi kem kom leh? perghh kem kom... haha aku pun cakap dgn dia eh aku baru jer nak insaf takan nak jadi kem kom kot ^^ tak nak ar marah2 org haha... pastu syam pun balas ok kalau mcm tuh jadi fasilitator lah( manis juga ayat si Syam ni... bab2 pujuk orang mmg no 1 haha)... so aku terima...

masa minggu study week aku nampak lagi 1 program dari kelab Smart Camp (SC)... eh yang ni program apa plak... tgok2 dekat SMK Sri Lalang... wah teruja aku sbb dah lama aku tak g sana dan teringin nak g sana... aku pun dengan gembiranya menghantar 1 pesanan ringkas kepada seseorang... (Mohd Fitri Bin Azmi ( no ic) dan hantar ke no dia... aku cakap aku join program tuh... ^^ gembira aku dapat isi 2 program dalam 1 cuti yang singkat... tapi aku terlupa sesuatu yang program tuh 23 hb 1 2013 dan program lagi 1 (KLM) 21-24 adalah induksi... alamak macam mana neh... aku pun msg mantan pengrah KLM iaitu saudari fafa dia cakap boleh jer... fikir punya fikir skali si Rafi merangkap pengarah program dan ketua fasi bagi program SMK Sri Lalang tuh pon join juga.... apa lagi aku pun gembira la sbb tak yah fikir pasal mcm mana nak agihkan masa induksi dan berprogram dalam 1 masa... kalau nak tau Rafi tuh ialah pengarah Smart camp sekarang ni... ha nampak tak hidup aku sentiasa di isi dengan orang2 yang berjawatan besar haha boleh la aku buli diorang lepas ni kih3 melawak je..

so 23 hb tuh wat program dkt SMK Sri Lalang aku jadi fasi ja... gembira aku dpat mmberi sesuatu kepada anak bangsa aku yang berada nun jauh dia kawasan luar bandar dan orang lain pun aku harap dapat menyumbangkan sesuatu bagi membangunkan kawasan luar bandar terutama anak bangsa kita iaitu MELAYU... dkt situ aku timba macam2 pengalaman tambahan pula aku di partnerkan dgn ketua modul iaitu Kak Ju... aku blur ja dia goreng adik2 tuh... terima Kasih.. Aku harap adik2 dkt program tuh sedar bahawa SPM yang dirasakan tinggal lagi 10 bulan tuh dah jadi tak lama dah jika dicampur dgn tidur makan dan sebagainya.. ada lbih kurang sbulan ja untuk belajar... so good luck untuk adik2 yer... :-) cikgu Smk Sri lalang kasi cendera hati dkt kami... yeayy terima kasih cikgu mcam tahu2 ja kami bermalam dalam hutan dan perlukan sesuautu untuk memanaskan badan ^^... apa2 pun program tuh mengajar aku sesuatu yang kita nih jangan selalu merasakan diri kita nih hidup dalam kekurangan tak mampu berjaya sbb dkt program tuh aku dengar seseorang menceritakan pasal diri dia dan bagaimana dia dihina, di cemuh dan tiada kawan untuk berkawan masa belajar tuh... belajar pun guna buku2 lama yang ada... aku nak menangis tapi apakan daya aku ni lelaki... so aku tahan ja... aku rasakan kita neh sebagai manusia kadang2 kita jijik lihat orang yang miskn, tak mampu beri apa2,  tapi kita tak terfikir yang orang yg kita jauhi tuh suatu hari nanti akan berjaya... tak ker kita terfikir pasal benda tuh??? perfect sangat kah hidup kita sehingga sanggup nak hukum seseorang?? kalau lah ada dalam diri kita mcam tuh better dibuang jauh2 sifat2 macam tuh... apa2 pun aku doakan supaya orang yang menceritakan cerita sedih tuh berjaya dalam hidup dunia dan akhirat... sama2 lah mendoakan dia yang kini dah dah tahun akhir degree dan bakal grad...

ok dah jangan sedih2 yer kawan2 :-)

ok ni sambungan cerita si syam nih... haha apa2 pun aku rasakan dia nih mmg terbaik... perlu dicontohi walaupun nampak dia ganaz/garang tapi sebenarnya dia sgt2 baik... senang jer aku bekerja dengan dia...
ok ni pasal From Zero To hero plak yang diuruskan oleh si Syam ni... induksi dia pada 21 - 24 januari 2013.. so aku jadi fasilitator masa induksi nih.... dipartnerkan pula dgn budak first year DD namanya... owh macam mana dia ni...nampak mcm blur2 skali kenal ha mmg blur2 pun wakkaka jahat plak aku gelakkan dia hehe...aku pun ada kenakan orang juga terutama rozana alik haha.. dia nih blur2 skit... suka ja ganggu dia... tapi yang paling suka kenakan dia adalah buroq wakaka....masa induksi ni macam2 aku belajar dan aku kenal ramai orang...aku ni kan pemalu haha so masa induksi aku hanya bercakap dengan orang2 yg aku kenal je lah haha lama kelamaan aku kenal ramai jer org yang masuk air otak dia terutama kak ayen, buroq, abg amir haha... diorang nih tak henti2 wat aku gelak tapi best lah korang.. banak beri nasihat dkt aku.... mcm buroq nih sikit2 beleter aku pastu ayat paling best dia " ish2 mana akidah ko nie, astafirullah" haha apa2 pun dia mmg terbaik...

2 hari sebelum program mula syam jumpa aku.... abg fit jadi kem kom bleh tak?? pergh dia datang lagi menganggu fikiran aku... aku neh baru ja nak insaf haha.. aku cakap dkt dia... eh syam nanti la abg fit fikir dulu ea... syam jawab apa... eh boleh la ea abg fit... kan2? haha aku pun berfikir apa akan jadi kalau aku jadi kem kom... kalau untuk pelajar2 sekolah rendah boleh la aku jadi kem kom, yang ni plajr2 diploma... macam mana la aku nak hendle... sbb aku takut peristiwa sama berulang dimana masa aku marah2 tetiba ada org gelak.. ha tak ke susah aku kalau kem kom tgh marah2 tetiba gelak mesti terbongkar haha... so aku fikir bnyak hari dan aku rancang apa aku nak wat kalau adik fasi mcm neh dan lain2nya...so naz merangkap ketua modul tanya aku... abg fit kem kom kan...? aku pun cakap ehh yer lah kot haha... syam pun tanya skali lagi.. naz ada cakap apa2 tak... aku cakap naz suruh aku jadi kem kom... so aku terima je... masa ni aku dah lupa dah apa modul yg aku belajar masa induksi wkakaka... maaf sbb aku nya otak dah fokus kepada kem kom dah masa neh.. berat tanggung jawab aku terima untuk kem ni...

 so aku jumpa abg amir... eh abg amir macam mana nak jadi kem kom eh?? so abg amir cakap ok mcm ni... ko jadi kem kom tak yah garang2 marah2 yang penting adik2 tuh dengar cakap ko... waktu aku jadi kem kom dulu aku masuk walaupun tak cakap apa, budak2 diam ja... tuh kata abg amir... so aku pun terfikir ok... jadi kem kom tak perlu marah2 tegas pun ok... aku tanya lah lagi apa nak wat... dia pun cerita pengalaman dia... banyak juga aku belajar... aku pun jumpa buroq.... dia cakap kalau ko jadi kem kom... ko marah2 dekat depan tuh... jangan hairan aku marah ko plak... mak aiii mcm tuh sekali... aku fikir juga apa maksud dia... so aku faham yang abg amir n buroq nak smpaikan kem kom ni tak semestinya garang tapi TEGAS tuh yg penting... ok terima kasih kerana mmberi aku sesuatu supaya dpt digunakan time program..

ok skrang tiba masa program 25-27 hb... program dijangka bermula jam 8.30 tapi memandangkan ada masalah tertentu meyebabkan program start lewat... aku masa 25 hb tuh mmg makan tak lalu la... makan sikit je... orang cakap aku kenapa tak makan... aku pun cakap... alamak diet lah... berat dah naik 1 kilo... risau dah ni haha padahal aku risau yang mcm mana aku nak hendle budak2 ni n nak pastikan program berjalan lancar...

eh bas dah sampai dah tuh kata syam... abg fit jom g amik diorang jap g eh bila bas sampai.. aku ok jer... ok syam t kita g amik diorang eh... naik moto kan... yup naik moto kata syam... ok budak2 ni pun dah sampai... budak2 pulak aku panggil diorang sedangkan sebaya je dgn umur aku ahhaha... ok lah apa2 je... aku g sambut diorang dgn langkah petama aku.... aku tgok budak2 ni bising... aku cakap diorang pun cakap... Wah2 dah dapat modal nak wat wat apa dgn budak2 ni.... aku pun lead diorang untuk masuk ke kem.... sampai ja kem maka bermula lah aku nya tanggung jawab sbgai kem kom.... aku perhati 1 persatu attitude plajar2 yang baru smpai nih... mcm mana diorang ni... program dah mula tetiba aku nampak sorang budak masih lagi cakap2 telefon... aku biarkan ja... bila ice breaking nak mla aku pun bagi isyarat tangan dkt dia menunjukkan sila masuk ke dalam... yang best tuh dia faham plak walaupun aku tak kuarkan suara hahaha.. program pun berjalan lancar untuk malam tuh... aku pun diberi ruang untuk bercakap depan peserta.. ok nama saya Mohd Fitri Azfa bin Azmi... siala pnggil saya TUAN AZFA... time tuh  aku tgok muka peserta mcm terfikir2 dia ni sapa agaknya haha...  aku pun bagi tahu pantang larang n rule2 dan aku mmg tegas time nih... aku bagi tahu pakaian apa bleh pakai... apa yg tak leh pakai... peseta pun terima ja apa aku cakap... so aku pun serahkan microphone aku tuh dkt ketua fasi yang menjadi saingan aku dalam kem ni.... saingan apa sebanarnya??? maksud aku bila aku marah2 dia lah org yang akan memastikan mood peserta naik atau bila aku marah2 dia la akan provoke peserta agar ikut arahan aku...


malam tuh mula dgn night walk... aku tak mampu nak hayati night walk tuh sbb aku tak leh senyum... kenapa la aku tak dpt enjoy time ni... aku dah la suka night walk haha.... so habis je night walk aku cakap ok esok aku nak korang bagun awal dan jam 5.45 pagi semua orang ada dkt surau...  lepas tuh ada pos moterm... fasi2 pun cerita la masalah2 n apa perlu di buat untuk memastikan program berjalan lancar... lepas aku dgr tuh aku rasa esok aku nak cuba tegas sikit lah dari hari ni ( haha jahat tetiba ) ... then aku tido kul 4 pagi sbb pos moterm abis kul 4 pagi.... bangun ja dah 5.30... masa ni syam kejutkan aku sbb dia jadi sentri.. aku respect dia... walaupun dia pengarah program.... dia still involve n memastikan program dia berlajan lancar... kalau aku la jadi pengarah program... aku dah tido dah time ni... tapi dia tak... dia jadi sentri lagi...ada la beberapa org lagi yg jadi sentri... good job n thankz sb kejutkan aku... aku pun kejutkan budak2 nih... ok aku nak korang bangun sekarang... weeeeeee...... wuuuuuuuuu..... weeeee.. wuuuuuuu sirent heller aku berbunyi.... ada dah peserta yang bangun ada yg bangun lepas dengar sirent tuh...  semua sila bangun... pastikan anda berada di surau jam 6 pagi.... jam 6 pagi masih ada lagi yang berjalan menuju ke surau... aku simpan je point nak marah tuh hehe... selesai pagi tuh ada tracking... aku skali lagi tak dpt join.... dah la aku suka tracking haha kalau korang nak tahu lah... aku terpaksa naik ke balai cerap awal... time nak tunggu diorang tuh aku senyum puas2 haha sbb nanti bila diorang dah sampai aku dah tak bleh nak seyum dah hehe

ehh diorang dah sampai la... kata seorang abang amir... adus dah sampai dah budak2 ni tak dapat la aku senyum dan hayati pemandangan UTM tuh ehhe.. diorang pun sampai dan lakukan aktiviti2 dkt situ... sekali lagi bertapa bosannya aku sbb tak dapat gembira, senyum dan tertawa bersama mereka.... tapi tak apa yg penting program jalan lancar... sblum balik ke kem aku pun cakap ok tolong tepati masa... aku nak nak ada orang pakai sluar 3 suku... seluar jeans diharamkan sama sekali dan bla bla bla..... banyak aku cakap... peserta jgn cakap la... diorang dah bertambah benci dgn aku... ada yg hilang mood nak ikut program tuh... maaf lah yea haha

pastu diteruskan lagi dengan ceramah kepimpinan dari Pusat Kaunseling UTM...aku duduk belakang ja tgok spatutnya time ni aku dah tido tapi tak dpt nak tido sbb aku nak tahu program ni berjalan lancar ke tak.... aku pun duduk smpai habis program...tetiba aku terfikir... pagi tadi aku cakap pastikan susun kasut... pastu aku jalan tgok ada kasut tak susun... ada juga kasut yg dah susun tapi ada orang sepak2 masa nak masuk sekali jadi selerak... aku pun suruh ayie( timbalan ketua modul) tlg amik kasut yg berselerak tuh... tgh hari aku masuk lagi.... beri arahan kepada peserta... tetiba ada orang tanya... kalau tak ada seluar slack macam mana... aku cakap pinjam kawan... ada budak sorang tuh aku cakap jgn pakai jeans nak juga dia pakai jeans last2 baru aku tahu yg dia tak ada sluar slack/track... rasa bersalah plak aku marah2 tapi apakan daya spatutnya kem kepimpinan kita kna ada sluar slack, sluar track dan lain2... baru la dinamakan kem kepimpinan ^^ time ni aku marah la juga sbb kasut tak susun... aku dah cakap ikut waktu... pintu khemah mesti tutup sblum kuar untuk sebarang aktiviti dan jangan pakai sluar jeans tapi still ada yang tak ikut... aku pun denda beberapa orang... maaf lah ea sapa2 yang kena denda tuh... jangan disimpan didalam hati... ni bukan untuk korang ja... tapi sbgai pengajran yang lain dan diri aku bahawa kita kena ikut arahan dan sentiasa bekerja sama...

tgh hari tuh aku tgok mood2 peserta mcm tak da dah... diorang dtg nak enjoy skali spoiled ada aku.. haha maaf lah mengganggu korang untuk enjoy ahha... aku pun jumpa ketua fasi (hazwan)... macam mana hazwan program.. ok tak?? hendle ok?? hazwan pun cakap... abg fit bleh tak kurangkan  skit tegas tuh sbb nampak peserta punya mood dah kurang dah.... ada yg cakap kalau bleh nak balik.... pastu aku cakap ok mcm neh hazwan.... ptg ni ko hendle je smua dan aku takkan muncul untuk cakap sampai la waktu malam.... ptg tuh ada aktiviti explorace... skali lagi aku tak mmpu nak senyum haha malang betul aku... tapi tak pa aku gembira menjadi kem kom sepanjang kem ni....nak tahu kenapa?? stiap benda yang aku gtau diorang ikut ja walaupun tak munasabah hahahaha.... betullah kata orang lidah ibarat mata pedang... kalau skali kena terguris haha...

so petang tuh aku duduk dkt 1 check point je iaitu check point 4.... aku duduk situ... first task peserta diorang kena cari agent K dan main pasword dgn agent K... chiky2 jawab dia bom2.. awieeyy jawab dia poyo semua ini! dan kicap nak jawab dia tak nak.... so aku tahu pasword ni aku pun simpan ja... sampai la suatu ketika ada group datang berhampiran kawasan check point 4 nih... aku dgn niat tak nak ganggu aku duduk dkt kerusi belakang pokok haha.... dari jauh aku nampak diorang berbicara ehh kem kom lah kot agent k tuh... pastu ada orang cakap ehh takkan dia kot... takut aku jom g tempat lain.... aku time tuh ketawa berdekah2 dah dalam hati aku haha.... ada lagi group cakap chiky2 pastu si syam jawab BANG BOM... aku plak jawab bom2.... peserta cakap ehh kem kom lah kot agent k tuh... teruskan lagi soalan... kicap nak... aku ckapa tak nak... wah mcm teruja jer muka sorang2 sbb diorang fikir aku agent k padahal abg nuqman agent k tapi ab nuqman time nih mcm tak bersalah ja pegang kamera amik gambar budak2 nih hahaa diorang tanya lagi awieeyyy... aku pun jawab... natang apa neh aku tak faham... hampa ja sorang2 hahaha tapi mmg best la time nih... aku dpt tgok gelagat setiap group yang dtg dkt aku.... aku juga dpt lihat gelagat peserta dan fasi dkt check point 4... nampak si Amir Kurus budak keals aku... dia lompat2 dengan muka park jing sung dia pastu wat gaya mcm burung haha lawak gila... aku tahan ja gelak time tuh... mcm2 gelagat ada juga bunyi moto dan lain2 haha... pastu kak ayen dan abg bad datang... sempat la aku bersembang2 dgn diorang time nih.... banyak gak aku sembang dan dengar perbualan kak ayen dan abg bad... tak mampu nak menyampuk sbb aku muda dari diorang... hehe so aku diam je...aku time neh dah tak tahan nak gelak n mengantuk.. aku pun start moto dan aku g p19 tempah nasi goreng ayam kunyit sambil layan certa hindustan yang dilakonkan oleh syaruk khan... gelak terbahak2 aku disana smpai makan nasi goreng yang sedap tuh... time ni ha aku dapat rehat2 n gelak2 haha ptg tuh sembang2 dgn abg azwa n kak tiqa sambil2 berbarbeQ... masa isi air nak dijadikan peluru untuk war game... aku cipta refeshment baru hehe

pastu malam tuh malam bakat... aku tgok dari jauh ja.... ada part lawak2 aku gelak la juga n tak dpt hayati malam yg best tuh hehe masa nih aku tlg ayie siapkan cendera mata untuk diberikan kepada pengarah program.... sangat kreatif cendera mata nih... malam tuh tk dpt siap juga sbb ada lagi perkara nak difikirkan so esok pagi jelah sambung... kata hati aku... lepas malam bakat tuh... diorang ada aktiviti war game... skali lagi aku tak dpt join aktiviti yg aku suka... baling2 plastik air dkt org... menarik  tuh haha tapi tak dpt join... war game bermula aku jaga di satu bahagian... kawasan aku jaga tuh tak ramai adik fasi main dkt situ sbb mungkin lah diorang takut dkt aku atau sbb kawasan tuh gelap ditambah plak kulit aku yg gelap neh whahaha..;. apa2 pun mmg best lah... malam sblum tuh ada pos morterm kan... masa night walk tuh adik fasi tak tahu guna pasword jadi ramai yg beri pendapat yang pasword ni sgt penting dan perlu dijelaskan dgn baik bagi menjaga keselamatan peserta....slpas wargame tuh aku bagi pasword untuk keselamatan peserta almakhlum tido dalam hutan...  aku bagi arahan lain2 nya dan untuk naikkan mood peserta smula aku pun puji sikit la diorang.... Ok petang tadi aku ada kejap ja dkt kem sbb ada hal lain(padahal aku sedap je layan citer hindustan kat cafe haha)... aku cakap fasi n ketua fasi beritahu aku yg diorang ikut arahan dgn baik dan laksanakan smua benda yg disuruh... so diorang pun seronok la... almakhlum aku kalau cakapja mesti marah2 haha... diorang pun tido awal sbb esok nak bagun awal... kul 12.30 tuh ada pos mortem lagi... aku dah la tak cukup tido... sbb aku tido 1 jam 30 minit ja.. pos moterm bermula lagi dgn pelbagai2 maslah dan cadangan... ada seorang cakap cerita pasal kem kom... eh adik fasi aku ada tanya... kem kom tuh sapa... staff ke apa?? ada lagi cakap ishh kalau tak ada kem kom tuh kem ni mesti best... kem kom tuh sapa?? security ke... mak aiii sampai mcm tuh skali pemikiran diorang... haha apa2 pun lawak... tapi time nih aku tgh fikir mcm mana nak naikkan semanagt diorang neh... aku tak nak la program ni jadi masalah sbb aku.... kak ayen ada bagi cadangan dkt supaya esok kalau nak reveal sapa sebenarnya kem kom... gtau la pasal benda ni lah.. n lain2 berdasarkan pengalaman kak ayen... aku terima kerna aku anggap ia sangat berguna.....

aku cakap dkt peserta kul 6 dah ada dkt surau... tapi malangnya sbb keletihan aku terjaga jam 6.10 mcm biasa aku bunyikan sirent kejahatan aku hahaha kul 6.30 baru start sembahyang... maaf lah syam sebab program tak berjalan seperti dirancang... lepas smayang subuh... aku jumpa dgn hazwan(ketua fasi) dan abg amir apa nak wat... so kami rancang la apa yg patut untuk pastikan program berjalan seperti dirancang... pagi tuh aku tak join program pun sbb aku tak nak mood budak2 terganggu dgn kedatangan aku... jadi aku bantu si ayie untuk wat cendera hati tuh... kul 10 ayie dah nak balik... alamak cendera mata tuh masih banyak perlu dibaiki.. pastu kak elia datang.. dia cakap wah nice... cantik tapi kalau tak ada tape nih lagi cantik... jadi aku dgn naz ubah skt cenderamata tuh supaya menjadi nice seperti yang disarankan oleh kak lia... wat punya wat akhirnya siap.... ramai cakap lawa.... tapi mmg lawa pon... bagus jga idea AYIE nih untuk wat cendra mata tuh.... cendera mata tuh dibuat dari kepingan buluh... dimana buluh tuh diukur dengan beberapa perkataan dan dibahagikan kepada 7 bahagian... masa explorace setiap bahagian tuh dipegang oleh setiap kumpulan dan dimana selepas siap tunaikan task di setiap checkk point, fasi yang jaga check point tersebut akan tandatangan di belakang kepingan buluh tuh...... cakap pasal explorace aku tertarik melihat gelagat seorang fasi yang menjaga check point hantu... haha  nak tahu sapa sila la cari dia.. dan apa dia wat masa dkt check point tuh hehe

skrang dah tiba ke akhir2 program... time neh aku dah nak reveal sapa aku.... aku fikir mcm2 how to reveal... skali teringat apa kak ayen cakap malam tuh... so aku amik tuh jadikan point dan aku tambah skit lagi point yang mnyeru kepada kepimpinan... lepas tuh aku wat 2 refreshmnent baru dimana refreshment tuh tercipta masa aku sembang2 dgn syam... haha aku wat 2 refreshment sengal pasal raksasa dan kenyit2 mata yang diubah dari refreshment asal arnab dalam hutan... mmg smua ketawa melihat aku.... aku puas hati sbb aku mampu menjadi kem kom yang tegas walaupun budak2 ni tak puas hati tapi lepas reveal tuh masih lagi ada org yg sayang aku haha... siap minta bergambar... tapi aku ni pemalu jadi aku tak g hehehe maaf ea kawan2 baru dari utm kl ^^..

selsai program from Zero To Hero... tlg jangan panggil aku TUAN AZFA haha.... malam tuh g makan sblum pulang ke changlun... makan dkt kedai mak ujang dimana nasi lemak dia sgt sedap... malam tuh terkejar2 untuk ke sri putri... aku, rafi dan buroq... sampai ja sri putri aku nampak bas sp bumi gerak... rupanya2 tuh bas buroq... aduh rasa bersalah plak aku sbb ptg tuh aku yg rancang g makan2 skali buroq terlepas bas dan dia terpaksa balik hari hari ni ( 28/1)rafi pun hampir2 dah terlepas bas... dalam bas tuh mmg keja aku tido ja ahhaa... alhamdulillah kul 8.30 agi aku tiba di bumi changlun dengan selamatnya... thankz smua kerana mmberi kenagan terbaik dari kem2 yang aku sertai...

ni msg aku terima malam tadi yang mmbuka ruang untuk aku berkongsi dalam blog ni...

katanya baru dapt no fitri... dah sampai rumah? happy holiday... kak ain nak gtau, i am impressed with ur confidence n appearance during da performance as a camp com.. Especially when u speak loud, clear, perfect speed. kak ain juga belajar  banyak benda dari fitri especially cara bercakap, tegur n remind. Firm n Gentle. n How calm n not defensive are u.

kalau kak ain nak tau fit belajar becakap neh n confident bercakap di khalayak ramai adalah melalui join program... fit dari  kecil smpai form 5 fit boleh kira berapa org perempuan yg fit cakap... sampai UTM baru fit fikir yg fit kena la tambah confident lvl dan berinteraksi dgn org ramai supaya tak dpt masalah time kerja nanti... stakat neh dah berpuluh2 program fit join... 2 kali ketua fasi n 2 kali kem kom... kalau ada ruang lagi nak jadi kem kom , ketua fasi or fasi gtau la sbb aku belajar banyak benda dari program2 ni... sapa yg tak pernah jadi fasi so sila involvekan diri anda dengan msayarakat... bila lagi kan???

anis, fiq, DD, adibah, fafa, rozana, abg amir, abg nuqman, zul, nazrin, herman, bear, amir, ujang, azil, kirin, helmi, awiey,  rafi, ika, buroq, abg azwa, kak ain, kak tiqah, kak elia, syam, naz, ayie, dan lain2 yg aku tak cakap nama disini... aku mengucapkan bebanyak terima kasih sbb aku belajar banyak benda dari korang... maaf la blog ni anjang aku cerita sbb aku tak nak korang akan kenangan manis yg tercipta dari prgram ni dan kepada pembaca blog ni aku harap korang happy baca n mengambil iktibar walaupun anjang blog ni maaf sbb aku eksited menceritakkan pengalaman dan aku tak nak korang terlepas sikit pun apa yg aku rasai... thanks...

LEARNS SOMETHING FROM WHAT WE DO IS BETTER THAN LEARNS SOMETHING FROM WHAT WE READ.... ^^